Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-06-26T090644.366

Infinix Sekali Lagi Dalam “Top 50 Kantar BrandZ Chinese Global Brand Builders 2024”

Diterbitkan Jun 26, 2024 · Dikemas kini Jun 26, 2024 oleh Muhd Idham

Infinix kini diiktiraf sekali lagi oleh Google dan Kantar sebagai salah satu jenama terkemuka dari China.

Syarikat penganalisis dan data pemasaran dunia itu, mengiktiraf Infinix sebagai salah satu jenama pencipta barangan yang ternama dari China dengan menduduki tangga ke-44 dalam Top 50 Kantar BrandZ Chinese Global Brand Builders 2024.

Ia juga merupakan peningkatan satu anak tangga dari kedudukannya tahun lalu dalam penarafan tersebut.

Pengiktirafan berprestij ini, sering dianggap sebagai ‘Anugerah Oscars’ dalam industri penjenamaan.

Lake Hu selaku Ketua Pegawai Pemasaran di Infinix menyatakan, Infinix bakal meneruskan usaha mereka lagi dalam mencipta produk yang menampilkan pengalaman baru dari sudut penggunaan sekaligus menjadikan mereka buah mulut orang ramai.

Antara produk yang dihasilkan oleh Infinix pada tahun ini adalah siri Infinix NOTE 40 yang membekalkan pengecasan sehingga 100W dan Infinix GT 20 Pro yang dilengkapi dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 8200 Ultimate.

Kedua-duanya juga merupakan peranti mampu milik yang tergolong dalam kelas pertengahan.

Beli produk Infinix di:

Shopee – https://invl.io/clklmh5

Lazada – https://invol.co/clklmh9

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • YouTube 'Hype' Bakal Bantu Pencipta Kandungan Baharu Raih Penonton
  • Team17 Buat Jualan Di Steam, Diskaun Sehingga 90 Peratus
  • CelcomDigi Sedang Tawar Diskaun Sehingga RM1,060 Untuk iPhone
  • Google Sahkan Tarikh Pelancaran Siri Pixel 9

Sumber: Siaran Media Infinix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY