Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-06-25T122356.689

YouTube ‘Hype’ Bakal Bantu Pencipta Kandungan Baharu Raih Penonton

Diterbitkan Jun 25, 2024 · Dikemas kini Jun 25, 2024 oleh Muhd Idham

YouTube kini cuba membantu pencipta kandungan yang baru di platform mereka untuk meraih lebih ramai penonton dengan cara baharu.

Berdasarkan kenyataan daripada salah seorang ahli pasukan TeamYouTube, Alexis, platform  itu sedang membina satu initiatif baru yang akan membantu pencipta-pencipta baharu mendapatkan lebih banyak pengguna menonton kandungan video mereka.

Kaedah itu diberi nama ‘Hype‘ yang mungkin akan hadir dalam bentuk butang sama seperti ‘Like‘ dan ‘Share‘.

“Bersama-sama dengan fungsi “Suka” dan ‘kongsi’ yang sudah tersedia, penonton di Brazil, Turki dan Taiwan kini boleh “hype” video yang disiarkan dalam tujuh hari yang lalu. Semakin ramai penonton ‘hype’ video itu, semakin besar peluang untuk video itu muncul dalam kedudukan dengan video yang di ‘hype’ kan pada minggu itu.” – Alexis

Dalam durasi tujuh hari selepas sesuatu video itu disiarkan, semua penonton boleh memberikan mata ‘Hype’ untuk menaikkan kedudukan video tersebut di bahagian ‘Explore’.

Namun, ciri ini hanya tersedia sebagai permulaan dahulu untuk penonton di Brazil, Turki dan Taiwan sahaja serta memiliki cara penggunaan yang hampir sama seperti ‘Super Chat’.

Walaupun penonton akan diberikan satu mata ‘Hype‘ untuk setiap satu minggu, penonton juga boleh membeli mata ‘Hype‘ untuk menaikkan lagi kedudukan sesuatu video itu.

Video dengan kedudukan paling tinggi akan disarankan untuk tontonan semua pengguna YouTube.

YouTube ‘Hype’ Bakal Bantu Pencipta Kandungan Baharu Raih Penonton
Foto: Reddit

Buat masa sekarang, ciri ini telah dilancarkan terhad untuk kegunaan pencipta-pencipta terpilih dalam kalangan YouTube Partner Program dengan syarat bilangan pelanggan bawah 500 ribu dan kandungan video mematuhi garis panduan komuniti.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Pelanggan Google Premium Dah Boleh Guna AI Gemini Di Workspace
  • Kementerian Digital Dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Anjur Program U-Digitaloka
  • MyDigital ID Sahkan Identiti Digital, Bukan Ganti MyKad - PJBUMI
  • Perbankan CIMB Clicks, Aplikasi CIMB OCTO Akan Dilengkapi Ciri Keselamatan Baharu

Sumber: YouTube Help, Reddit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY