Infinix NOTE 40 dan NOTE 40 Pro secara rasmi kini tersedia untuk pasaran Malaysia.
{suggest}
Infinix NOTE 40 Pro
Infinix NOTE 40 Pro tampil dengan skrin melengkung 3D AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz serta puncak kecerahan 1,300 nit.
Menguasakan peranti adalah MediaTek Dimensity 7020 yang digandingkan bersama 8GB RAM dan 256GB storan. Terdapat sokongan penambahan RAM maya sehingga 8GB, menjadikan keseluruhan sebanyak 16GB.
Dari segi kemampuan fotografi, ia dimuatkan tetapan kamera 108MP (OIS)+2MP+2MP. Terdapat juga pencahayaan Active Halo yang diletakkan pada bahagian modul kamera belakang. Sementara kamera swafoto pula dilengkapi sensor 32MP.
Bagi menghidupkan peranti, ia dibekalkan kapasiti bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 45W berwayar dan 20W wayarles.
Dari segi perisian, ia menyokong 2 tahun kemas kini Android dan 36 bulan tampalan keselamatan.
Dua pilihan warna tersedia iaitu Titan Gold dan Vintage Green.
Infinix NOTE 40
Infinix NOTE 40 dilengkapi skrin rata AMOLED 6.78-inci yang juga menyokong kadar segar semula 120Hz, resolusi FHD+ dan maksimum kecerahan 1,300 nit.
Berbanding versi Pro, NOTE 40 dijana cip MediaTek Helio G99 Ultimate bersama 8GB RAM dan 256GB storan. Terdapat juga RAM maya sehingga 8GB.
Untuk kamera, ia juga diisi dengan kamera utama 108MP. Dari segi bateri dan sokongan pengecasan sama sahaja seperti NOTE 40 Pro. Peranti ini juga menyokong kemas kini Android 2 tahun bersama 36 bulan tampalan keselamatan.
Infinix NOTE 40 tersedia dengan pilihan warna Titan Gold dan Obsidian Black.
Harga
Infinix NOTE 40 berharga RM898, manakala NOTE 40 Pro diletakkan pada tanda harga RM1098. Prapesan kini telah dibuka melalui Shopee, Lazada dan TikTok Shop.