Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-06-25T160343.001

Team17 Buat Jualan Di Steam, Diskaun Sehingga 90 Peratus

Diterbitkan Jun 25, 2024 oleh Muhd Idham

Sehingga 28 Jun 2024, semua pemain permainan di platform PC berpeluang untuk membeli permainan-permainan yang dihasilkan oleh organisasi indie, Team17 pada harga diskaun sehingga 90 peratus.

Antara permainan yang tersenarai adalah seperti di bawah.

OVERCOOKED!

OVERCOOKED adalah sejenis permainan simulasi multipemain yang menampilkan keadaan pengurusan di dalam sebuah restoran bermula dari penyediaan bahan mentah sehinggalah pemberian makanan ke pelanggan.

Permainannya kini dijual dengan harga serendah RM7.80 untuk keluaran siri yang pertama.

Screenshot 2024-06-25 163534

Worms

Konsep permainan ini adalah semudah menjatuhkan ataupun menghabiskan nyawa pihak lawan dengan menggunakan senjata yang disediakan dalam permainan seperti bazuka dan bom nuklear. Karakter yang akan anda gunakan adalah dalam bentuk cacing.

Anda boleh dapatkan kesemua siri Worms dalam satu pakej dengan harga RM87.64 daripada harga asalnya iaitu melebihi RM800.

Screenshot 2024-06-25 163622

Screenshot 2024-06-25 162342

GOLF with your FRIENDS

Seperti namanya, ini adalah permainan simulasi untuk sukan golf dengan keupayaan untuk para pemainnya menukar kekulit pada bola golf yang mereka gunakan.

Untuk siri GOLF with your FRIENDS di platform Steam, ia boleh dibeli pada harga permulaan RM17.32. Kelengkapan dalaman yang lain dijual berasingan.

Screenshot 2024-06-25 162542

Untuk pengetahuan anda, Team17 terkenal dengan pembuatan permainan jenis multiplayer atau pemain campuran dengan grafik 2 dimensi dan sesuai dimainkan bersama rakan-rakan mahupun keluarga pada masa lapang.

Permainan-permainan lain yang terlibat dengan diskaun Team17 ini boleh anda lihat di platform Steam.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • YouTube 'Hype' Bakal Bantu Pencipta Kandungan Baharu Raih Penonton
  • Play For Dream MR, Komputer Spatial Berasaskan Android Pertama Dunia
  • Bahan Bakar Tinggal Kurang 1 Bulan Saja Lagi, 2 Angkasawan Kini Terdesak Pulang Ke Bumi
  •  Pusat Data Indonesia Alami Serangan Siber, Penggodam Minta ~RM37.7 Juta

Sumber: Steam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY