Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Infinix Esports Tournament S3 KV

Infinix Dan MediaTek Sertai Honor of Kings Anjurkan Kejohanan E-Sukan GT 20 Pro

Diterbitkan Oktober 29, 2024 oleh Rushsyafizal

Infinix melancarkan Infinix Esports Tournament Musim 3. Bersama rakan kerjasama Honor of Kings (HOK) dan MediaTek, kejohanan ini menyediakan platform bagi bakat e-sukan di peringkat universiti untuk bersaing merebutkan hadiah wang tunai RM10,000.

Kejohanan ini akan dimulakan dengan pusingan kelayakan dalam talian dari 18 hingga 21 November 2024. Kelayakan ini akan disiarkan secara langsung di laman rasmi TikTok dan Facebook Infinix serta Honor of Kings. Final Playoffs akan berlangsung pada 17 Disember 2024, di mana pasukan universiti terhebat di Malaysia akan bersaing merebut gelaran juara.

Dilengkapi dengan pemproses Dimensity 8200 Ultimate 4nm 5G dan cip pixelworks X5 Turbo Gaming Display, Infinix GT 20 Pro memastikan pengalaman permainan yang lancar, tanpa lag, dan paparan yang halus dengan jangka hayat bateri panjang.

Wai Kiat Hong, Pengarah Pemasaran Infinix Malaysia, berkata,

e-sukan adalah lebih daripada sekadar permainan; ia merupakan platform untuk memberdaya belia dalam kemahiran seperti kerjasama, pemikiran strategik, dan kepimpinan.

Infinix Collaborates with Honor of Kings and MediaTek

Musim ini, lapan kelab e-sukan dari universiti terkemuka di Malaysia akan menyertai kejohanan ini. Setiap kelab akan mengadakan kejohanan mini untuk memilih pasukan terbaik mereka. Antara universiti yang terlibat ialah Management & Science University (MSU), Universiti Sains Malaysia (USM), International Islamic University Malaysia (IIUM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kuala Lumpur Business School, Asia Pacific University (APU), Multimedia University (MMU), dan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).

Para peminat boleh menonton perlawanan kelayakan Infinix Esports Tournament Musim 3 secara langsung di saluran TikTok dan Facebook rasmi Infinix serta Honor of Kings. Seperti namanya, kejohanan ini menggunakan Infinix GT 20 Pro sebagai telefon rasmi.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Acer Swift 14 AI Rasmi Dengan Harga Bermula RM4,399
  • Arctis GameBuds, Fon Telinga Untuk Konsol
  • Netflix Perkenal 'Moments', Kongsi Adegan Kesukaan Bersama Rakan Lain
  • realme Merupakan Telefon Rasmi Untuk Kejohanan Honor of Kings 2024

Sumber: Siaran media Infinx

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY