Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2024-10-29 at 10.23.59 AM

Acer Swift 14 AI Rasmi Dengan Harga Bermula RM4,399

Diterbitkan Oktober 29, 2024 oleh Rushsyafizal

Acer telah melancarkan Swift 14 AI, sebuah komputer riba ultra-portable dengan hayat bateri yang boleh bertahan sehingga 17 jam, Acer Swift 14 AI adalah sebuah komputer riba bagi mereka yang sentiasa bergerak.

Acer Swift 14 AI_6
Acer Swift 14 AI_2
Acer Swift 14 AI

 

Swift 14 AI ringan dan nipis, hanya 9.7 mm dengan berat 1.3 kg, menjadikannya mudah dibawa ke mana sahaja. Ia juga menggunakan casis aluminium yang elegan dan turut dilengkapi dengan skrin OLED 14 inci resolusi WUXGA dan liputan 100% DCI-P3.

Dikuasakan oleh Intel Core Ultra 7 Series 2 dan grafik Intel ARC, Swift 14 AI mampu menangani pelbagai tugasan serentak, dari suntingan video hingga penstriman. Kecekapan prestasinya disokong oleh Wi-Fi 7, memberikan pengalaman dalam talian tanpa gangguan.

Swift 14 AI dilengkapi pelbagai ciri AI untuk meningkatkan produktiviti, termasuk indikator aktiviti AI pada pad sentuh, pembetulan eye contact automatik dalam mesyuarat maya, dan penyingkiran bunyi latar untuk panggilan lebih jelas. Dengan Acer PurifiedView 2.0 dan PurifiedVoice 2.0, pengguna juga boleh menyesuaikan tetapan kamera dan mikrofon melalui Acer QuickPanel.

Swift 14 AI turut hadir dengan AcerSense, memberikan akses mudah kepada pelbagai mod prestasi. Ciri User Sensing 2.0 secara automatik mengunci komputer riba apabila pengguna meninggalkannya. Multi-Screen Assistance pula mengalihkan kursor secara automatik mengikut pandangan pengguna.

WhatsApp Image 2024-10-29 at 10.24.30 AM

Acer Swift 14 AI tersedia dalam dua varian iaitu Intel Core Ultra 7 Series 2 dengan 32GB RAM (RM4,999) dan Intel Core Ultra 5 Series 2 dengan 16GB RAM (RM4,399).

Pembeli dari 29 Oktober hingga 12 November 2024 juga akan menerima sepasang Sony WF-C510 bernilai RM299, sementara stok masih ada.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Apple Perkenal iMac Baharu Dengan Cip M4, Harga Bermula RM5799
  • iOS 18.1 Kini Tersedia Dengan Sokongan Apple Intelligence
  • Apple Perkenal Magic Mouse USB-C, Tapi Port Pengecasan Masih Di Bawah
  • Pusat Respons Scam Kebangsaan Terima 122,603 Aduan Sehingga Ogos

Sumber: Siaran media Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY