Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untitled design (20)

Arctis GameBuds, Fon Telinga Untuk Konsol

Diterbitkan Oktober 29, 2024 oleh Rushsyafizal

SteelSeries memperkenalkan Arctis GameBuds, fon telinga gaming yang direka khas untuk konsol PlayStation, Xbox, Nintendo Switch, PC, dan pelbagai kegunaan lain.

Arctis GameBuds, Fon Telinga Untuk Konsol
Arctis GameBuds, Fon Telinga Untuk Konsol
Arctis GameBuds, Fon Telinga Untuk Konsol

Arctis GameBuds hadir dengan cip Next-Gen yang membolehkan prestasi audio konsol dalam fon telinga. Dilengkapi sambungan 2.4GHz berlatensi rendah melalui dongel USB-C, ia memberikan kestabilan tanpa kompromi pada PS5, Xbox, dan PC, selain Bluetooth 5.3 untuk peranti lain.

arctis_gamebuds_black_hero_w_app_ps5 (1)
arctis_gamebuds_black_ps5_arctis gamebuds app

Untuk pengalaman bunyi yang realistik, ia turut menyokong audio 360° spatial, serta pembatalan hingar aktif (ANC) 4-mikrofon dan mod transparency untuk persekitaran luar. Gamers boleh mengubah tetapan bunyi dengan lebih 100 profil khas PS5 dan Xbox melalui aplikasi Arctis.

GameBuds ini juga menyokong Quick-Switch Wireless yang membolehkan pengguna beralih dari 2.4GHz ke Bluetooth 5.3 dengan pantas. Dengan hayat bateri sehingga 40 jam (10 jam sekali guna), serta pengecasan tanpa wayar Qi dan pengecasan pantas USB-C, GameBuds memastikan pengguna kekal dalam permainan tanpa gangguan.

arctis_gamebuds_black_ps5_IP55 Water Resistant

Dengan rekabentuk ergonomik hasil 62,000 imbasan telinga, ia datang dengan beberapa saiz tips silikon yang selesa, menjadikannya sesuai untuk sesi gaming yang panjang. Selain itu, ia juga ada penarafan IP55 di mana ia memberikan ketahanan terhadap debu dengan air.

Arctis GameBuds ini membawa teknologi bunyi Arctis dalam bentuk padat yang boleh digunakan di mana sahaja. Dengan harga RM899, ia kini boleh didapati di Shopee, Lazada, dan pengedar yang sah.

Beli di:

Shopee – https://invl.io/cllukqv

Lazada – https://invol.co/cllukqy

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Apple Perkenal Magic Mouse USB-C, Tapi Port Pengecasan Masih Di Bawah
  • Kurang Puas Hati Kenaikan Harga, Pengguna PlayStation Langgan PS Plus Sehingga Tahun 2048
  • Pusat Respons Scam Kebangsaan Terima 122,603 Aduan Sehingga Ogos
  • Acer Swift 14 AI Rasmi Dengan Harga Bermula RM4,399

Sumber: Siaran media SteelSeries

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY