Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untitled design (21)

realme Merupakan Telefon Rasmi Untuk Kejohanan Honor of Kings 2024

Diterbitkan Oktober 29, 2024 oleh Rushsyafizal

realme telah bergabung tenaga dengan permainan Honor of Kings (HOK), sebagai telefon rasmi untuk Kejohanan Honor of Kings 2024. Selepas dua minggu pertarungan sengit.

KV 3

Team Black Shrew Esports (BSE) dari Malaysia mengungguli pentas Grand Final yang diadakan pada 27 Oktober di Jakarta, menjadikan Malaysia juara eSports dunia buat kali pertama.

KV 2 (3)

Dalam ucapan semasa majlis penganugerahan, Naib Presiden Pemasaran Global realme, Chase Xu, memuji realme 13+ 5G yang mampu memberikan pengalaman permainan pada kadar 120 FPS, lengkap dengan sistem penyejukan baik dan pengecasan pantas.

Kami bangga menyaksikan pencapaian luar biasa pasukan Malaysia, terutamanya Team BSE yang membawa pulang gelaran juara. Ini adalah bukti kehebatan anak tempatan dalam eSports yang semakin diiktiraf di peringkat antarabangsa.

realme turut memperkenalkan pengecasan pantas 150W pertama di dunia, disusuli dengan pengecas 240W yang pertama dihasilkan secara besar-besaran. Melalui mod GT yang membolehkan pengguna memaksimumkan prestasi peranti, dengan kerjasama Dolby Audio, realme menawarkan audio surround yang menambah suasana gaming lebih mendalam.

Selain HOK, realme juga menghubungkan minat anak muda melalui kolaborasi dengan Coca-Cola, Dragon Ball, dan Naruto bagi membina persekitaran permainan profesional dan usaha membina komuniti gaming melalui kerjasama dengan KOLs.

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Kurang Puas Hati Kenaikan Harga, Pengguna PlayStation Langgan PS Plus Sehingga Tahun 2048
  • Acer Swift 14 AI Rasmi Dengan Harga Bermula RM4,399
  • Arctis GameBuds, Fon Telinga Untuk Konsol
  • Netflix Perkenal 'Moments', Kongsi Adegan Kesukaan Bersama Rakan Lain

Sumber: Siaran media realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY