Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
“Industri Semikonduktor China Perlu Dipertingkatkan Dengan Segera” – Pengerusi Tencent

“Industri Semikonduktor China Perlu Dipertingkatkan Dengan Segera” – Pengerusi Tencent

Diterbitkan Mei 28, 2018 oleh Haikel Areff

Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan Amerika Syarikat telah menghalang mana-mana syarikat yang beroperasi di negara Uncle Sam tersebut untuk menjalankan sebarang aktiviti perdagangan dengan syarikat teknologi China, ZTE. Keputusan itu dibuat setelah ZTE didakwa telah menjual perkakasan mereka ke negara Korea Utara dan Iran, yang mana telah melanggar perjanjian perdagangan dengan negara  berkenaan.

“Industri Semikonduktor China Perlu Dipertingkatkan Dengan Segera” – Pengerusi Tencent

Berikutan dengan perkara itu, Pengerusi Tencent Holdings Ltd, Pony Ma telah menegaskan bahawa industri pembangunan perkakasan semikonduktor perlu segera dipertingkatkan oleh kerajaan negara China.

Menurut beliau, perkara ini perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi mengurangkan kebergantungan syarikat teknologi China kepada pembekal peralatan berkaitan semikonduktor dari negara luar seperti Amerika Syarikat. Ia amat penting memandangkan syarikat teknologi dan telekomunikasi China kini kurang berminat untuk mendapatkan bekalan daripada pembekal tempatan.

“Industri Semikonduktor China Perlu Dipertingkatkan Dengan Segera” – Pengerusi Tencent

Sebagai maklumat, ZTE dilaporkan bergantung kepada syarikat pembekal dari Amerika untuk membekalkan sekitar 30% bekalan pelbagai cip dan peralatan bagi produk keluaran mereka. Dan apabila sekatan perdagangan ini berlaku, syarikat tersebut telah mengalami kesukaran untuk meneruskan perniagaan seperti biasa.

Walaupun terdapat laporan bahawa sekatan itu akan ditarik balik selepas ZTE membayar denda sejumlah US$ 1.3 billion(~RM 5.18 billion) kepada Pentagon, satu langkah perubahan perlu diambil segera bagi mengelakkan perkara ini terjadi lagi pada masa hadapan.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
©2026 WISER.MY