Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Industri Kereta Sewa Konvensional Mungkin Tidak Bertahan Lama

Industri Kereta Sewa Konvensional Mungkin Tidak Bertahan Lama

Diterbitkan April 5, 2018 oleh Haikel Areff

Industri kereta sewa konvensional di negara ini boleh dinilai sehingga melebihi RM 500 juta bagi tahun 2017. Namun dengan kehadiran beberapa pencabar baru yang lebih berdaya maju seperti SoCar, GoCar dan Moovby yang menggunakan platform digital dalam perkhidmatan mereka, nasib mereka kini kian terumbang-ambing.

Hands Giving And Receiving Car Key

 

Dengan mengambil contoh dari nasib yang menimpa perkhidmatan teksi tempatan selepas kemunculan perkhidmatan Grab dan Uber, industri kereta sewa konvensional seharusnya mengambil satu langkah proaktif bagi memastikan mereka tidak menerima nasib yang sama. Sekiranya penggiat industri kereta sewa konvensional tempatan tidak mampu untuk menggunakan platform digital dalam perkhidmatan, mereka boleh menambahbaik dari segi kualiti perkhidmatan mereka.

Industri Kereta Sewa Konvensional Mungkin Tidak Bertahan Lama

Seorang usahawan muda,  Nurfaiz Foat melalui akaun Facebook nya telah berkongsi sedikit pengalaman beliau menggunakan dua perkhidmatan ini semasa kereta beliau mengalami kerosakan baru baru ini. Beliau berpendapat bahawa dengan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat sewa konvensional pada hari ini, mereka mungkin tidak akan dapat bertahan untuk masa lima tahun akan datang. Beliau sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat SoCar yang mempunyai kualiti perkhidmatan yang sangat baik. Anda boleh membaca kiriman penuh beliau pada imej dibawah.

Screen Shot 2018-04-05 at 17.10.19

Screen Shot 2018-04-05 at 17.11.08

Screen Shot 2018-04-05 at 17.11.32

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY