Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sistem Bida Beri Kebebasan Penumpang, Pemandu Runding Perkhidmatan – inDrive

inDrive Terima Kelulusan APAD Untuk Terus Beroperasi

Diterbitkan Disember 18, 2025 ยท Dikemas kini Disember 18, 2025 oleh Amalina Athman

Platform e-hailing, inDrive, mengumumkan syarikat telah melengkapkan proses semakan lesen mandatori oleh Agensi pengangkutan Awam Darat (APAD), dan menerima pengesahan rasmi untuk meneruskan operasi di Malaysia.

Sebelum ini, inDrive pernah diarahkan menghentikan operasi susulan Notis Pembatalan Lesen Perniagaan Pengantaraan (LPP) yang dikeluarkan oleh APAD pada 24 April 2025. Syarikat itu kemudian telah mengemukakan rayuan dan dibenarkan meneruskan operasi di bawah tempoh pemantauan selama tiga bulan, bemula 24 Julai 2025.

Sepanjang tempoh pemantauan, inDrive diwajibkan membuat pembetulan sistem pendaftaran dan memastikan semua pemandu mempunyai Permit Kenderaan E-Hailing (EVP) sah.

Kini, dengan kelulusan rasmi diperoleh, inDrive menyatakan pihaknya akan terus memperkukuh kehadiran di Malaysia melalui proses pendaftaran pemandu yang lebih baik, semakan dokumen secara berkala, audit dalaman berterusan, serta inisiatif sokongan pemandu.

Syarikat itu juga kekal komited terhadap pengalaman perjalanan yang selamat, serta pelaburan jangka panjang dalam komuniti tempatan melalui inisiatif seperti inDrive Academy dan program berfokuskan aksesibiliti.

Berkaitan

  • MAXIM, InDRIVE Kini Dibenar Beroperasi Semula Di Bawah Pemantauan APAD
  • e-Hailing Rentas Sempadan, MOT Sedia Bincang Dengan Singapura
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY