Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Indonesia Sekat Laman Web nikahsirri.com, “Mengubah Zina Menjadi Ibadah”

Indonesia Sekat Laman Web nikahsirri.com, “Mengubah Zina Menjadi Ibadah”

Diterbitkan September 26, 2017 · Dikemas kini September 26, 2017 oleh Helmi Samsuri

“Mengubah zina menjadi ibadah”, itulah tagline yang digunakan sebuah laman web cari jodoh di Indonesia yang baru sahaja disekat aksesnya oleh Kementerian Komunikasi dan Informatika.

Nikahsirri kononnya menawarkan perkhidmatan mencari jodoh berasaskan Islam tetapi para pengguna perlu membida sejumlah wang bagi mendapatkan pasangan. Platform ini menyasarkan mereka yang masih dara supaya “harga jualan” semakin tinggi.

Tindakan sekatan keatas laman web terbabit telah dibuat  Kementerian Komunikasi dan Informatika (Kominfo) setelah mereka menerima maklum balas kurang senang dari masyarakat.

Terdapat dua jenis pengguna di dalam laman nikahsirri…

  1. Mitra (pihak yang akan dipilih)
  2. Klien (pihak yang akan memilih)

Untuk menjadi klien, pengguna perlu membeli “mahar” dengan nilai Rp100,000 (~RM31) dengan membayarnya terus kepada pemilik laman web, Arif Wahyudi, dan selepas itu mereka akan diberikan kata laluan untuk mengakses laman berkenaan.

Arif mendakwa, dia hanya mengambil untung 20% dari nilai mahar yang dibeli. Mahar itu juga mempunyai tempoh laku seumur hidup dan turut boleh diwariskan atau dijual kepada orang lain.

Pihak Nikahsirri juga menjanjikan pulangan lumayan kepada Mitra kerana mereka akan memperolehi keuntungan dari nilai bidaan yang dibuat.

Pelbagai reaksi negatif yang diluahkan masyarakat kerana mereka menganggap ia tidak ubah daripada laman “melelong dara”. Justeru itu, tindakan diambil oleh Kominfo dianggap wajar.

Sumber: Viva

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Ujian Saringan Kanser Payudara Terbesar Di Dunia Dibantu AI
  • Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Syarat Lesen Khas Untuk Penyedia Permainan Dalam Talian
  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
©2026 WISER.MY