Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vpn 1

Indonesia Adalah Pengguna VPN Tertinggi Di Dunia

Diterbitkan November 30, 2019 oleh ariff bukhari

Pengguna aplikasi VPN di seluruh dunia ketika ini berjumlah 480.1 juta.

Dalam laporan terbaru kedudukan penggunaan servis VPN pada peranti pintar oleh penyelidik dari laman Top 10 VPN mendedahkan, pengguna peranti mudah alih di negara Indonesia adalah yang paling ramai menggunakan servis VPN bagi tahun 2019.

Pengguna VPN di Indonesia dianggarkan berjumlah 75.5 juta pengguna. Diikuti Amerika Syarikat sebanyak 74.6 juta dan India sebanyak 57 juta pengguna VPN.

Jumlah itu adalah termasuk servis VPN berbayar dan percuma.

Selain itu, hasil kaji selidik itu turut mendedahkan pengguna Android yang menggunakan VPN pada peranti pintar mereka adalah berjumlah 358.3 juta di sleuruh dunia.

Jumlah itu adalah 75% daripada 480.1 juta aplikasi VPN yang dipasang pada peranti mudah alih dalam tempoh 12 bulan lalu.

Sementara pengguna peranti iOS pula yang memasang aplikasi VPN pada peranti mereka adalah sebanyak 121.9 juta muat turun.

Bagi aplikasi VPN percuma paling popular di dunia dikalangan pengguna Android dan iOS dalam tempoh 12 bulan lalu adalah Turbo VPN yang telah dimuat turun oleh 51.3 juta pengguna.

Manakala NordVPN pula adalah aplikasi VPN berbayar paling popular di dunia di mana sebanyak 15.5 juta pengguna (Android dan iOS) telah memasang aplikasi tersebut dalam tempoh 12 bulan lalu.

VPN (Virtual Private Network) kini menjadi pilihan pengguna bagi meningkatkan keselematan mereka ketika melayari internet.

Disebabkan itu, servis VPN telah menyebabkan ia menjadi sasaran perisian hasad terbaru yang dikenali sebagai Trickbot.

Jadi, sekiranya anda adalah antara pengguna servis VPN, anda diminta berhati-hati bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa perisian hasad tersebut.

P/s: Jumlah pengguna VPN di Malaysia bagi tahun 2019 menurut Top 10 VPN berjumlah lebih daripada 5.04 juta pengguna.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
©2026 WISER.MY