Trickbot beralih dari menyerang sistem komputer kepada pengguna OpenVPN.
Penyelidik keselamatan dari Palo Alto Networks mendedahkan kemunculan perisian hasad bernama Trickbot yang mula mensasarkan akaun-akaun OpenVPN sebagai mangsa.
Sebelum ini Trickbot dikesan menyerang sistem komputer bagi mencuri kata laluan pengguna. Tetapi sejak kebelakangan ini, penyelidik mengesan Trickbot beralih kepada pengguna Open VPN dan OpenSSH.
"In November 2019, we started seeing indicators of Trickbot’s password grabber targeting data from OpenSSH and OpenVPN applications." Palo Alto Networks.
Trickbot adalah perisian hasad yang mula dikesan sejak 2016 lagi yang dibangunkan penggodam bagi mencuri data sulit pengguna khususnya kata laluan, hasil eksploitasi terhadap kecacatan yang ada pada ciri keselamatan sistem operasi Windows.
Penyelidik mengesyorkan pengguna Windows sentiasa mengemas kini sistem komputer mereka bagi menangani serangan Trickbot.
"...best security practices like running fully-patched and up-to-date versions of Microsoft Windows will hinder or stop Trickbot infections. "
Sumber: VPN Compare
Berkaitan
- Penemuan 2 Perisian Hasad Terbaru Menyerang Pengguna Windows
- Lebih Daripada 20 Juta Unit Telefon Pintar Gionee Didapati Tersedia Dipasang Perisian Hasad
- Kemas Kini Perisian Punca Enjin Carian Google Tergendala Semalam
- Play Store Jadi Persembunyian Perisian Hasad Baru Ini Untuk Curi Duit Mangsa
- Perisian Hasad TeaBot Serang Play Store, Buang Segera 7 Aplikasi Ini
- 60 Aplikasi Android Dikesan Telah Dijangkiti Perisian Hasad ‘BearClod’, 'Haken' Dan 'Joker'
- Fasiliti Penyelidikan COVID-19 Diserang Ransomware Selepas Pelajar Memasang Perisian Cetak Rompak
- Perisian ZIP Popular Di Windows Ini Didapati Alami Isu Keselamatan
- Perisian Hasad 'Alien' Mencuri Kata Laluan Dari 226 Aplikasi Android
- Perisian Hasad Paling Merbahaya Di Dunia Dikesan Kembali Aktif Menjangkiti Jutaan Komputer Di Seluruh Dunia