Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5G Malaysia_1

Indeks ICT Negara Di Kedudukan Ke-15 Dunia, Lepasi Skor Purata Global

Diterbitkan Februari 7, 2024 · Dikemas kini Februari 7, 2024 oleh ariff bukhari

Penerbitan terkini daripada Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) berhubung Indeks Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 2023 (IDI 2023) telah meletakkan Malaysia dalam kalangan pendahulu bagi pembangunan telekomunikasi di pentas global.

Malaysia telah meraih skor sebanyak 94.5 daripada jumlah keseluruhan 100 mata, melepasi skor purata global iaitu 72.8 mata, sekali gus menunjukkan pencapaian cemerlang ke arah mencapai sasaran Kesalinghubungan Sejagat dan Bermakna.

Analisis ke atas laporan tersebut menunjukkan Malaysia berada di kedudukan ke-15 dunia dan ke-3 di rantau ASEAN.

IDI 2023 melaporkan bahawa Malaysia telah hampir mencapai liputan sejagat bagi rangkaian mudah alih 4G/LTE, langganan jalur lebar mudah alih yang tinggi serta harga yang lebih rendah untuk perkhidmatan jalur lebar tetap dan mudah alih.

Malaysia turut merekodkan kadar penggunaan Internet, pemilikan telefon bimbit dan trafik internet yang tinggi.

Kesemua pencapaian berkenaan jelas menunjukkan akses yang mapan kepada perkhidmatan digital serta penglibatan digital secara meluas di Malaysia.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, “Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk merealisasikan kesalinghubungan sejagat dan bermakna buat semua rakyat Malaysia, dengan keterangkuman sebagai pemacu utama dalam memastikan perkhidmatan komunikasi adalah merata (ubiquitous).”

Sokongan daripada semua pihak berkepentingan telah membolehkan MCMC memajukan perancangan dan pelaksanaan liputan 5G dan satelit bagi menangani cabaran kesalinghubungan di kawasan pedalaman dan terpencil.

Setakat 31 Disember 2023, pelaksanaan 5G di Malaysia telah mencapai 80.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

Berkaitan

  • Senarai Kaunter Daftar PADU Seluruh Malaysia
  • Cara 'Renew' Lesen Memandu Di Aplikasi MyJPJ
  • Google Sahkan Tidak Lagi 'Back Up' Internet, Ciri Cache Data Laman Sesawang Dimatikan

Sumber: MCMC, ITU

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
  • Kerajaan Tidak Tolak Kemungkinan Haramkan Waze Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY