Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej UFO Melintasi Bulan Didakwa Dirakam, Ini Penjelasan NASA

Imej UFO Melintasi Bulan Didakwa Dirakam, Ini Penjelasan NASA

Diterbitkan April 14, 2024 · Dikemas kini April 14, 2024 oleh ariff bukhari

Sekitar seminggu yang lalu, tular tentang rakaman imej yang didakwa UFO (Objek Terbang Tidak Dikenali) berjaya dirakam.

Imej objek yang kelihatan terbang hampir dengan atas permukaan Bulan itu telah dirakam oleh LRO (Lunar Reconnaissance Orbiter) NASA, yang telah mengelilingi dan mengkaji Bulan selama 15 tahun.

Respon terhadap dakwaan itu, Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah mengeluarkan kenyataan dengan menjelaskan bahawa imej objek yang didakwa UFO itu sebenarnya adalah Pengorbit bulan Danuri, Institut Penyelidikan Aeroangkasa Korea yang telah berada di orbit Bulan sejak Disember 2022.

“Kedua-dua kapal angkasa mengembara dalam orbit yang hampir selari, melepasi satu sama lain dalam arah bertentangan antara 5 dan 6 Mac 2024.” NASA.

Tambah NASA lagi, “Disebabkan halaju relatif yang pantas antara kedua-dua kapal angkasa (kira-kira 7,200 batu, atau 11,500 kilometer, sejam), pasukan operasi LRO di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard NASA di Greenbelt, Maryland, memerlukan masa yang tepat untuk mengarahkan LROC (kamera sudut sempit) ke tempat yang betul di masa yang sesuai untuk melihat sekilas Danuri, kapal angkasa pertama Republik Korea di Bulan.”

Imej UFO Melintasi Bulan Didakwa Dirakam, Ini Penjelasan NASA
Semasa pertemuan seterusnya, LRO lebih dekat dengan Danuri, kira-kira 2.5 batu, atau 4 kilometer, dan berorientasikan 25 darjah ke arahnya.

Sebab mengapa Danuri muncul sebagai sekerat kecil dan bukannya berupa kapal angkasa konvensional dengan dua panel solar dan antena  adalah kerana masa pendedahan kamera LRO adalah sangat singkat iaitu hanya 0.338 milisaat.

“Walaupun masa pendedahan kamera LRO adalah sangat singkat, hanya 0.338 milisaat, Danuri masih kelihatan bersaiz 10 kali ganda dalam arah perjalanan yang bertentangan kerana halaju perjalanan relatif yang tinggi antara kedua-dua kapal angkasa.” NASA.

Jadi, terjawab sudah bahawa ia bukanlah UFO seperti yang didakwa. Sebaliknya adalah Danuri yang merupakan kapal angkasa pertama Republik Korea di Bulan.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: NASA, Futurism

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY