Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej Tertiris Untuk HTC U12+ Menampilkan Dwi Kamera Hadapan

Imej Tertiris Untuk HTC U12+ Menampilkan Dwi Kamera Hadapan

Diterbitkan April 30, 2018 oleh Wiser MY

HTC, satu nama gah ketika kemunculan awal Android satu ketika dahulu kini sedang menghadapi masalah untuk menjual telefon pintar utama mereka setanding Apple dan Samsung.

Pegangan pasaran HTC untuk tahun 2017 turun kepada 0.9% dari 8.8% pada tahun 2011. Mujur Google telah membeli sebahagian divisyen telefon pintar mereka dan HTC masih menghasilkan peranti Pixel untuk Google.

Untuk tahun ini, HTC dikatakan akan mengeluarkan peranti utama mereka, HTC U12/U12+ dan imej mengenai peranti tersebut telah tertiris di internet.

i (1)

i (2)

Tema untuk peranti tahun 2018 adalah rekaan takuk dan HTC nampaknya tidak berminat untuk mengikuti rekaan tersebut dan menampilkan pengimbas cap jari di bahagian belakang peranti.

i (3)

i (4)

i (5)

i (6)

i (7)

Bila bercakap mengenai prestasi, peranti ini bakal menggunakan cip Snapdragon 845 dengan 6GB RAM. Untuk ruang simpanan ROM, HTC memberikan pilihan antara 64GB dan 128GB.

Telefon pintar ini juga kelihatan tidak menyertakan bucu audio dan ini mungkin tidak menarik minat mereka yang menggunakan fon telinga/kepala tradisional. Jadi apa pendapat anda mengenai peranti HTC ini?

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY