Antara perubahan paling ketara yang mungkin dibawa oleh pihak Nokia ke peranti Nokia 5.1 Plus ini adalah fungsi dwi-lensa pada kamera utamanya. Ia menjadi tular di kalangan peminat Nokia selepas satu imej yang dikatakan peranti berkenaan telah tertiris oleh Tigres Mobile.
Kredit : Kara Nigeria Online(Nokia 5.1) & Tigres Mobile(Nokia 5.1 Plus)
HMD dilihat mengekalkan reka bentuk yang sedia ada pada Nokia 5.1(gambar kanan) kepada peranti Nokia 5.1 Plus(gambar kiri). Namun, menurut laporan, Nokia 5.1 Plus dikatakan akan hadir dengan panel kaca pada bahagian belakang peranti.
Selain itu, dapat dilihat pada imej Nokia 5.1 Plus bahawa logo Nokia yang diletakkan pada bahagian atas paparan hadapan sebelum ini telah dibawa ke bahagian dagu peranti. Keluaran kali ini juga akan hadir dengan rekaan takuk pada paparan hadapan.
Tiada sebarang maklumat lanjut berkenaan spesifikasi dalaman peranti ini yang telah didedahkan buat masa ini. Untuk perkembangan terkini bagi peranti Nokia 5.1 Plus ini, anda boleh ikuti laman sesawang rasmi Nokia dan Facebook rasmi mereka.
Sumber
Berkaitan
- Peranti OnePlus Berikutnya Mungkin Bukan OnePlus 7, Dijual Pada Harga Yang Lebih Tinggi
- Nokia 6.1 Plus - Comel Tapi Mahal?
- (Ura-Ura) Nokia Iklankan Pelancaran Model Nokia 9, Bakal Diadakan 21 Ogos Ini
- Video Acah Nokia 9 Pureview Tertiris, Beri Gambaran Beberapa Fungsi Menarik
- Peranti Tablet & Jam Pintar Nokia Didakwa Dibatalkan Ketika Dalam Pembangunan
- Nokia 8- Flagship Android Pertama Dari Nokia
- Tidak Cukup Tiga? Nokia 9 Mungkin Akan Bawa Lima Kamera Utama Kepada Anda Tidak Lama Lagi
- Nokia 'Pisang' Tiruan Dijual Secara Berleluasa Di Pasaran Malaysia
- Acara Pelancaran iPhone X- Model iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus Turut Sama Diperkenalkan
- OnePlus 6 Dengan Reka Bentuk Premium Diperkenalkan Secara Rasmi Di London