Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej Tertiris Menunjukkan Peranti Permainan Black Shark

Imej Tertiris Menunjukkan Peranti Permainan Black Shark

Diterbitkan April 9, 2018 oleh Wiser MY

Sudah menjadi pengetahuan ramai yang Xiaomi sedang bekerjasama dengan pihak Black Shark bagi menghasilkan telefon pintar yang direka khusus untuk penggemar permainan di peranti mereka.

Peminat menunjukkan minat yang tinggi dengan peranti tersebut dan mungkin menjadi pilihan gamers selain peranti Razer phone. Berita mengenai Black Shark pada minggu lepas dikatakan palsu dan telah disahkan oleh CEO Black Shark sendiri.

Namun terdapat imej terbaru yang berlegar-legar di ruang maya yang dipercayai menunjukkan bahagian belakang peranti dari Black Shark itu.

Imej Tertiris Menunjukkan Peranti Permainan Black Shark

Peranti ini dipercayai memakai sejenis casing yang mungkin datang semasa membeli peranti ini. Perkataan ‘Black Shark’ tertera di bahagian atas dengan huruf S diletakkan di bahagian tengah. Turut kelihatan tetapan dwi-kamera yang membayangkan peranti ini akan menggunakan dwi-kamera sebagai sistem kamera utama.

Imej Tertiris Menunjukkan Peranti Permainan Black Shark

Pengumuman mengenai peranti ini akan diadakan pada 13 April ini jika melihat laman sosial Black Shark

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY