Juga spesifikasi kameranya.
Jika sebelum ini telah dilaporkan berkenaan ura-ura spesifikasi cip pemprosesan yang bakal digunakan pada model telefon pintar Mi A3. Hari ini pula imej penuh reka bentuk peranti itu pula telah terdedah lebih awal.
Malah ura-ura spesifikasi kameranya juga turut didedahkan. Ia pertama kali didedahkan oleh laman WinFuture.
Imej peranti tersebut didedahkan bersama warna yang dijangka akan digunakan pada Mi A3 nanti.
Daripada imej Mi A3 yang didedahkan itu, dapat dilihat bahawa peranti tersebut bakal dilengkapi dengan ciri 3 kamera belakang dan kamera tunggal di hadapan.
Kamera belakangnya dijangka dilengkapi dengan sensor 48MP manakala kamera hadapan pula adalah 32MP.
Menurut laman itu lagi, Mi A3 dikhabarkan akan dilengkapi dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 665 Octacore serta resolusi skrin 2,240 x 1,080 yang bersaiz 6 inci.
Sumber: Android Authority
Berkaitan
- Xiaomi Sahkan 4 Lagi Model Peranti Pintar Terdahulu Akan Menerima MIUI 12.5
- Kemuncak Hujan Meteor Lyrids Akan Berlaku Dalam Minggu Ini
- Intel Perlihatkan Lebih Awal Cip Pemprosesan Edisi Khas Intel Core i9-9900KS Sebelum Pembentangan Rasmi Mereka di Computex 2019
- McDonald’s Alami Kegagalan Sistem, Pelanggan Di Beberapa Negara Terjejas
- Lexar Umum Kad Mikro SDXC Profesional Baharu, Harga Dari RM207.90
- Kurang Sebulan Lagi, Komet Terbesar Dikesan 5 Tahun Lalu Diramal Akan Hampiri Bumi
- Kemas Kini Windows 11 23H2 Jadikan Komputer Lembab, Microsoft Beri Penyelesaian
- Microsoft Sedang Memerangi Serangan Zombie 'Nodersok'
- CEO Xiaomi Kongsikan Pengalaman Epik Pengguna iPhone 12 Beralih Kepada Xiaomi 13
- NASA Mengesan Lebih Banyak Asteroid Menghampiri Bumi Dalam Tempoh 50 Tahun