Xiaomi Mi A3 Dan Mi A3 Lite Dikhabarkan Hadir Dengan Cip Snapdragon 730 dan 675

Memulakan peranti yang dioperasikan dengan sistem Androi One pada 2017, Xiaomi kini dikhabarkan sedang bersiap sedia memperkenalkan model generasi ketiga, Mi A3 dan Mi A3 Lite.

Desas-desus yang kedengaran ketika ini menyatakan Xiaom bakal mengadakan sebuah acara di bandaraya Madrid pada minggu hadapan, 17 Julai 2019, dimana terdapat kemungkinan akan ada peranti yang akan dilancarkan.

Berdasarkan kicauan dari @ishanagarwal24, terdapat dua versi Mi A3 dengan nama kod bamboo_sprout dan cosmos_sprout. Salah satu daripadanya akan dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 730 sementara sebuah lagi model dengan cip Snapdragon 675.

Kedua-dua model ini turut dikaitkan dengan siri yang dilancarkan sebelum ini, Mi CC9 tetapi berbeza pada cip pemprosesan yang digunakan. Jika perkhabaran mengenai rekaan siri Mi A3 sama seperti Mi CC9, ini membayangkan kehadiran bicu audio, skrin 6.01 dan 6.39 inci Full HD+ serta kapasiti bateri 4030mAh.

Walaubagaimanapun, ini hanyalah informasi awal yang belum dapat disahkan lagi dan sama-sama kita nantikan sama ada Xiaomi akan membuat sebarang pelancaran peranti pada minggu hadapan ataupun tidak.

Sumber: MySmartPrice