Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej Sebenar Pengecas realme 125W UltraDart Diperlihatkan

Imej Sebenar Pengecas realme 125W UltraDart Diperlihatkan

Diterbitkan September 30, 2020 oleh Amalina Athman

realme pada Julai lalu telah mengumumkan teknologi pengecasan 125W UltraDart secara rasmi. Dalam pengumuman tersebut, realme menyatakan pengecasan UltraDart ini boleh mengisi 33% bateri berkapasiti 4000mAh hanya dalam tempoh 3 minit.

Ia adalah dua kali ganda lebih pantas berbanding pengecasan 65W SuperDart yang diperkenalkan sebelum ini. Terbaru, CEO realme, Madhav Sheth telah berkongsi imej sebenar pengecas 125W UltraDart melalui Twitter.

realme 125w ultradart

Melalui imej tersebut, ia menunjukkan pengecas dengan plug dua pin yang biasa digunakan di Amerika dan China. Ia menyokong 100-240V, yang bermaksud adalah praktikal untuk digunakan di mana-mana negara serta mempunyai maksima pengecasan 125W.

⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️
⚡️ Now this is what we call #FAS7ER!⚡️
⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️

— realme Europe (@realmeeurope) September 29, 2020

Dalam pada itu,  Madhav melalui perkongsian tersebut turut memberi gambaran pengecasan itu mungkin akan diperkenalkan di Eropah terlebih dahulu.

Sumber: Madhav Sheth via GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY