Imej Sebenar Huawei Mate 20 Dilaporkan Terdedah, Miliki Rekaan Kamera Utama Yang Unik

Huawei sudah pun mengesahkan bahawa peranti Huawei Mate 20 akan dilancarkan secara rasmi di London pada 16 Oktober ini. Dan baru-baru ini, beberapa imej peranti tersebut telah terdedah dilayar internet secara meluas.

Kredit : Teknofilo


Seseorang telah dikesan sedang memegang peranti yang kelihatan sama seperti imej render Mate 20 yang pernah dihasilkan sebelum ini. Kejadian ini berlaku di Berlin semasa acara IFA sedang dijalankan.

Peranti yang dipegang oleh insan yang memakai gelang tangan Huawei itu kelihatan mempunyai kamera utama dengan tiga lensa yang disusun secara unik. Tiga lensa kamera itu bersama dengan panel LED flash disusun bersama bagi membina bentuk petak pada belakang peranti.

Kredit : BGR


Ia jelas kelihatan sama dengan imej render yang tersebar sebelum ini. Menurut imej berkenaan, tulisan LEICA akan diletakkan di sebelah kiri lensa kamera. Berbeza dengan P20 Pro, pengimbas cap jari pada Mate 20 dijangka akan dipasang di panel belakang peranti.

Selain tri-kamera utama, Huawei Mate 20 dilaporkan akan didatangkan dengan cip terbaru Kirin 980 manakala Mate 20 Pro pula dijangka akan hadir dengan skrin OLED dwi-lengkung. Kami jangkakan akan ada lebih banyak lagi maklumat mengenai peranti ini yang akan kita dengari menjelang pelancarannya kelak.

 

Sumber