Kini tiba masanya imej-imej tertiris bertebaran di ruang alam maya membayangkan apakah yang akan ditawarkan oleh OnePlus kepada peminat mereka. Tiada nama yang disahkan buat masa ini dan kami hanya mengikut logik iaitu OnePlus 6 selepas OnePlus 5T.

Jika ini merupakan peranti OnePlus yang terbaru, ia merupakan peranti pertama dari OnePlus yang menggunakan kemasan kaca untuk peranti mereka. Ini menandakan satu perkara sahaja, sokongan pengecasan tanpa wayar yang mungkin terdapat untuk OnePlus 6. Pengimbas cap jari juga diletakkan di bahagian panel belakang peranti bagi memudahkan capaian jari pengguna.

Panel hadapan pula memperlihatkan tema rekaan untuk peranti tahun 2018 iaitu takuk di bahagian atas peranti bersama-sama rekaan bingkai nipis. Menguatkan lagi dakwaan imej yang tertiris adalah peranti OnePlus 6 adalah sistem operasinya. OnePlus menggunakan sistem operasi OxygenOS yang berasaskan Android.
Untuk spesifikasi perkakasan pula, tiada butiran khusus selain cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 845 yang bakal digunakan oleh peranti ini. Sama-sama kita nantikan informasi rasmi dari OnePlus kelak.
Berkaitan
- Pixel 6 Mungkin Datang Dengan Rekaan Seperti Ini
- Boleh Tambah RAM Sampai 16GB Dan Cas Sepantas 44W Tapi Telefon Ini Dijual Pada Harga Bajet
- Xiaomi Secara Rasmi Melancarkan Mi 6: Spesifikasi Dan Rekabentuk Di Sini
- OnePlus Nord 2 Mungkin Guna Kamera Utama Yang Sama Seperti OnePlus 9 Pro
- Nokia 6.1 Dalam Perjalanan Ke Malaysia?
- OnePlus 5T Dalam Pembikinan Untuk Keluaran Musim Luruh
- Infinix Hot 10s, Bateri 6000mAh, Kadar Segar Semula 90Hz Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM499
- Telefon Baru OnePlus Mungkin Guna Cip MediaTek
- HUAWEI Band 6 Lancar Di Malaysia Pada Harga RM219
- 36.5 Juta Pengguna Android Dijangkiti Malware 'Judy'