Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej Mempromosikan HONOR 9X/9X Pro Mula Dimuat Naik, Perlihatkan Tiga Kamera Belakang

Imej Mempromosikan HONOR 9X/9X Pro Mula Dimuat Naik, Perlihatkan Tiga Kamera Belakang

Diterbitkan Julai 15, 2019 oleh Helmi Samsuri

Tempoh hari, HONOR 9X telah digambarkan hadir dengan beberapa ciri seperti ketahanan bateri yang lebih lama serta penambahbaikan pada prestasi untuk permainan serta kamera.

Spesifikasinya masih samar-samar lagi tetapi diyakini akan dilengkapi dengan cip Kirin 810. Kini, sebuah imej promo telah mula tersebar di internet membayangkan rupa paras fizikal peranti tersebut.

Imej Mempromosikan HONOR 9X/9X Pro Mula Dimuat Naik, Perlihatkan Tiga Kamera Belakang

Seperti yang terlihat pada imej diatas, HONOR 9X/9XPro bakal diletakkan dengan tetapan tiga kamera belakang pada bahagian penjuru kiri. Panel belakangnya pula akan dihiasi dengan kombinasi beberapa warna disertai bersama corak membentuk “X”.

Jika diamati, tiada pengimbas cap jari berada pada bahagian belakang dan berkemungkinan ia akan tampil dengan sensor dibawah paparan seperti kebanyakkan model yang ditawarkan ketika ini.

Khabar angin sebelum ini ada mengatakan HONOR 9X akan dilancarkan dengan dua versi iaitu model standard serta Pro. Antara yang diperkatakan adalah adalah versi Pro mungkin membawakan sensor 48MP Sony IMX 582 disertai dengan 8MP serta sensor 2MP sementara bagi model biasa ia mempunyai sensor 24MP.

Bagi janaan kuasa versi Pro, bateri berkapasiti 4000mAh dengan pengecasan pantas akan digunakan manakala untuk variasi standard, ia dikuasakan dengan bateri 3750mAh dengan pengecasan 10W. Walaubagaimanapun, ini hanyalah spekulasi awal dan sama-sama kita nantikan spessifikasi rasmi kelak.

Sumber: GizChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY