Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej Didakwa Huawei Mate 10 Tersebar Di Internet

Imej Didakwa Huawei Mate 10 Tersebar Di Internet

Diterbitkan Oktober 2, 2017 oleh Helmi Samsuri

Disebut-sebut sebagai pesaing kepada iPhone 8, beberapa imej telah dimuat naik di Twitter dan ia didakwa sebagai model baru, Huawei Mate 10.

Huawei Mate 10 dijadualkan pelancarannya lebih kurang 2 minggu sahaja lagi iaitu pada 16 Oktober dan bakal ditampilkan dengan 3 versi pilihan; model standard, model Pro, dan model Lite.

Imej Didakwa Huawei Mate 10 Tersebar Di Internet

Melihat foto yang dimuat naik oleh Evan Blass, Huawei Mate 10 dilengkapi dengan paparan sisi-ke-sisi, serta rekaan bezel yang sedikit nipis.

Imej Didakwa Huawei Mate 10 Tersebar Di Internet

Khabar angin yang lepas turut menyatakan peranti ini bakal menggunapakai sistem dwi kamera utama yang menggabungkan kamera 20MP dan 12MP beserta lensa bukaan  f/1.6.

Bakal dikuasakan dengan cip pemproses Kirin 970 yang mempunyai Neural Processing Unit berupaya menjalankan tugasan AI. Lain-lain spesifikasi yang dikatakan turut hadir pada peranti ini adalah, skrin paparan 6.1 inci, RAM 6GB dan dijana dengan bateri berkapasiti 4000mAh.

Untuk model Lite, kita boleh menjangkakan spesifikasi yang lebih rendah berbanding diatas seperti skrin paparan 5.9 inci, dan cip pemproses Kirin 658.

Sumber: Evan Blass

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY