Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej Dan Video Redmi S2 Tertiris Dengan Spesifikasi Dan Harga

Imej Dan Video Redmi S2 Tertiris Dengan Spesifikasi Dan Harga

Diterbitkan April 30, 2018 oleh Wiser MY

Segar selepas pelancaran peranti Mi 6X sebelum ini, Xiaomi dikatakan akan mengeluarkan peranti di bawah nama Redmi mereka iaitu Redmi S2. Untuk mereka yang sudah biasa dengan Xiaomi, peranti Redmi dipasarkan untuk peranti kelas kemasukan.

Xiaomi tidak mendedahkan secara rasmi mengenai tarikh pelancaran telefon pintar itu dan video mengenai peranti tersebut tertiris di dalam laman sesawang dari Czech Republic.

Video itu dikatakn dibuat di dalam Mi Store di negara tersebut dan mungkin menjadi peranti pertama Xiaomi untuk pasaran Eropah.

Spesifikasi untuk Redmi S2 pula adalah cip Snapdragon 625 dengan ruang RAM 3GB dan ruang ROM sebesar 32GB. Skrin paparan pula berukuran 5.99 inci dengan resolusi 1440 x 720 (720p).

Redmi S2 akan menggunakan tetapan dwi-kamera (12MP+5MP) sebagai sistem kamera utama. Untuk kamera swafoto pula, kamera 16MP bersama-sama LED flash akan digunakan.  Bateri berkapasiti 3, 080 mAh akan melengkapkan perkakasan untuk peranti ini.

Imej Dan Video Redmi S2 Tertiris Dengan Spesifikasi Dan Harga
Harga di dalam Vietnamese Dong

Redmi S2 dijangka akan dijual dengan harga di bawah RM 700. Jadi, apa pendapat Mi Fans semua di Malaysia?

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY