Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej AI ‘All Eyes On Rafah’ Yang Tular Dihasilkan Prompter Malaysia

Imej AI ‘All Eyes On Rafah’ Yang Tular Dihasilkan Prompter Malaysia

Diterbitkan Mei 30, 2024 · Dikemas kini Mei 30, 2024 oleh Amalina Athman

Sejak beberapa hari lepas, templat di Instagram Stories yang mengandungi imej janaan kecerdasan buatan (AI) dengan perkataan “All Eyes On Rafah” telah menjadi tular sehingga menerima lebih 46 juta perkongsian di Instagram seluruh dunia.

Perkongsian secara mendadak itu dipercayai berlaku selepas Israel melakukan serangan udara tragis ke atas kem diduduki penduduk Palestin di Rafah, sehingga mengorbankan puluhan nyawa (sekurang-kurangnya).

Berkaitan

  • Microsoft Bing AI - Boleh Jana Imej Berdasarkan Teks
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Microsoft Tambah Bot Copilot Dalam Aplikasi Telegram

Sebagai tanda solidariti Palestin, templat itu telah dikongsi oleh pelbagai lapisan pengguna media sosial. Antaranya termasuk model terkenal berketurunan Palestin, Bella dan Gigi Hadid, bintang bola sepak Chelsea, Nicolas Jackson dan banyak lagi.

Imej AI ‘All Eyes On Rafah’ Yang Tular Dihasilkan Prompter Malaysia
Imej AI ‘All Eyes On Rafah’ Yang Tular Dihasilkan Prompter Malaysia
Imej AI ‘All Eyes On Rafah’ Yang Tular Dihasilkan Prompter Malaysia

Namun, mungkin ramai tidak tahu bahawa imej AI yang tular itu pada asalnya dihasilkan oleh prompter Malaysia, Zila Abka.

Ia kemudian dimuat naik di grup Facebook Prompters Malaya pada 14 Februari 2024. Sehingga artikel ini ditulis, hantaran itu juga telah menerima lebih 45,800 perkongsian di Facebook.

Imej AI ‘All Eyes On Rafah’ Yang Tular Dihasilkan Prompter Malaysia
Imej AI ‘All Eyes On Rafah’ Yang Tular Dihasilkan Prompter Malaysia

Mengulas mengenainya, Zila berkata imej tersebut dihasilkan menggunakan platform Bing Image Creator. Namun, memandangkan ia telah dijana sejak beberapa bulan lepas, beliau tidak menyimpan prompt teks bagi imej AI itu.

Sementara imej AI tular yang dimuat naik di Instagram, tidak dapat dipastikan sekiranya imej yang sama boleh dijana semula dengan tepat untuk kali kedua atau sebaliknya.

Walaupun begitu, beliau berharap matlamat semua orang adalah sama, iaitu memberi kesedaran kepada seluruh dunia mengenai isu yang sedang berlaku.

Kredit: Zila Abka

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY