Iklan Terbaru Apple Cuba Yakinkan Pengguna Untuk Bertukar Ke Jenama Mereka

Perang antara platform tidak kira sama ada PC vs konsol, Intel vs AMD dan lain-lain lagi sudah diketahui umum. Dan untuk dunia telefon pintar, dua nama yang dominan muncul sejak dari dahulu lagi, iOS vs Android.

Android melalui Samsung selalu 'mengejek' pesaing mereka dengan iklan yang mencuit hati dan dalam masa yang sama, Apple juga tidak ketinggalan untuk membalas dengan iklan yang mendedahkan kelemahan pesaing mereka.

Dengan laporan pembuat cip, TSMC dari Taiwan mengatakan jualan telefon pintar semakin menurun dan ramalan Apple akan menjual peranti iPhone mereka kurang dari tahun lepas, ruangan telefon pintar kekal kompetitif dengan setiap pengeluar cuba memenuhi keperluan pengguna mereka dengan inovasi-inovasi terkini.

Apple hari ini mengeluarkan 2 iklan terbaru yang cuba meyakinkan pengguna Android untuk bertukar kepada sistem operasi telefon pintar mereka, iOS.

https://youtu.be/rsY3zMer7V4

Iklan pertama menunjukkan pengguna lain selain App Store Apple terdedah dengan bahaya dari segi sokongan. Apple memang diketahui mempunyai peraturan ketat mengenai pembangunan aplikasi di dalam App Store di samping mengenakan bayaran kepada pembangun.

https://youtu.be/o3WyhCUsfMA

Iklan kedua pula menonjolkan mod potret yang terdapat di dalam iPhone 7 Plus dan keatas. Mod potret diketahui bukan lagi fungsi eksklusif untuk peranti iPhone kerana mod ini juga boleh didapati untuk peranti Android utama di luar sana.