Pada tahun 2013, Amazon memperkenalkan drone bernama Prime Air, sebuah servis penghantaran barang dengan menggunakan khidmat drone.
Permohonan paten ini dibuat pada Disember 2015 dan ianya sudah diterbitkan secara rasmi oleh U.S. Patent and Trademark Office hari ini.
Jika dilihat daripada reka bentuk stesen atau pangkalan drone Prime Air mereka, ianya seakan-akan sarang tebuan dengan bentuk banggunan silinder. Ianya juga turut mengintegerasikan dengan perkhidmatan trak di bahagian bawah.
Setelah drone digunakan untuk menghantar barang, ianya akan pulang semula ke drone centre dan berpangkalan di situ untuk pengecasan sebelum meneruskan tugas seterusnya.
Menurut Amazon, mereka mahu memfokuskan perkhidmatan barang di beberapa lokasi bandar pilihan yang dilihat penghantaran dengan menggunakan lori dan trak adalah sesuatu yang tak masuk akal lagi.
Amazon mula membuat penghantaran drone pertamanya di U.K. pada Disember 2016. Syarikat itu merancang untuk memperluaskan perkhidmatan tersebut terutamanya di negara eropah kelak.
Sumber: The Guardian
Berkaitan
- Drone GoPro Karma Dijual Semula Ke Pasaran
- AT&T Kini Sedang Menguji Keupayaan Drone Mereka
- Drone Facebook Digelar Aquila, Bakal Menjadi Pembekal Internet Global Suatu Hari Nanti
- Google Menambah Solitaire Dan Tic-Tac-Toe Di Ruangan Hasil Pencarian
- Honor Play Fair - Peluang Keemasan Untuk Mengunjungi Gamescon 2018 Di Jerman
- Apple Turut Melancarkan Fon Telinga Yang Diberi Nama AirPod
- Vivo Beri Peluang Pembeli V15 & V15 Pro Bawa Pulang DJI Tello Drone Secara Percuma
- Yi Erida Drone Alternatif GoPro Karma?
- (Video) Rakaman Video Dalam Air Dilakukan Menggunakan Mate 20 Pro
- Google Home Akan Menjadi Pesaing Utama Amazon Echo