Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ibu Bapa Sanggup Bayar Pengajar Untuk Latih Anak Bermain Fortnite

Ibu Bapa Sanggup Bayar Pengajar Untuk Latih Anak Bermain Fortnite

Diterbitkan Ogos 3, 2018 oleh Helmi Samsuri

Permainan video dan mudah alih sebelum ini hanya dianggap sebagai hiburan dan sekadar mengisi masa senggang.

Namun peredaran masa menyaksikan ia semakin dipandang serius oleh sesetengah orang.

Sepertimana yang dilaporkan oleh Wall Street Journal, kini terdapat ibu bapa yang tidak kisah mengeluarkan wang hanya untuk melatih anak-anak mereka bermain permainan Fortnite.

Alasannya adalah ibu bapa terbabit tidak mahu anak-anak mereka tewas dan dimalukan dalam permainan berkenaan.

Disamping itu, ada juga ibu bapa yang mempelajari permainanĀ  tersebut dengan tujuan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Tenaga-tenaga pengajar Fortnite boleh ditemui dimedia sosialĀ  atau laman web khusus dengan yuran sekitar $20 (~RM81.61) sejam.

Salah satu laman yang menawarkan khidmat latihan mendakwa mereka telah melatih lebih daripada 1400 orang pemain sejak Mac yang lalu.

Sumber: Wall Street Journal via IGN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY