Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tut ut

IBM Cipta Komputer Lebih Kecil Daripada Butiran Garam

Diterbitkan Mac 19, 2018 oleh Helmi Samsuri

Imbas kembali puluhan tahun dahulu diawal penciptaan komputer bermula, ia mengambil ruang yang besar untuk beroperasi. Seiring dengan kemajuan teknologi, saiz komputer kini boleh dikecilkan tetapi dalam masa yang sama menawarkan prestasi yang memberangsangkan.

Di acara IBM Think 2018, syarikat perkomputeran itu telah mempertontonkan sebuah komputer kecil, lebih kecil daripada butiran garam.

IBM Cipta Komputer Lebih Kecil Daripada Butiran Garam

Walaupun bersaiz halus, ia mampu memberikan kuasa perkomputeran seperti cip x86 dari tahun 1990 dan hanya menelan kos pembuatan lebih kurang $0.10. IBM menyatakan ia dibina dengan ratusan ribu transistor yang membolehkan ia memantau, menganalisa, berkomunikasi serta mengoperasikan data.

IBM Cipta Komputer Lebih Kecil Daripada Butiran Garam

Antara matlamat utama ia dibangunkan adalah untuk digunakan pada aplikasi matawang kripto. IBM juga menjanjikan penggunaan komputer kecil ini pada peranti-peranti dalam masa 5 tahun lagi.

Buat masa sekarang, para penyelidik sedang menjalankan ujian keatas prototaip komputer berkenaan.

Sumber: CIO Dive

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY