Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Keuntungan Separuh Pertama Huawei Naik 30% Walaupun Alami Sekatan Dari AS

Huawei Yakin Mereka Akan Berjaya Menjual Sebanyak 270 Juta Unit Telefon Pintar Di Seluruh Dunia Tahun Ini

Diterbitkan Oktober 29, 2019 · Dikemas kini Oktober 29, 2019 oleh ariff bukhari

Setakat Oktober ini, sudah lebih 200 juta unit telefon pintar Huawei telah berjaya dijual.

Huawei yang baru-baru ini telah mengumumkan kejayaan mereka menjual sebanyak 200 juta unit telefon pintar setakat bulan Oktober ini turut menyatakan keyakinan mereka dalam mencapai sasaran menjual sebanyak 270 juta unit telefon pintar mereka di seluruh dunia sebelum berakhirnya tahun 2019.

We’ve just exceeded 200 mil shipments in 2019 🎉
64 days earlier than in our previous year!
Our thanks and appreciation goes out to everyone for your support – as we keep striving to improve technology for all #Huawei #MakeItPossible pic.twitter.com/gPs9pnmMyJ

— Huawei Mobile (@HuaweiMobile) October 23, 2019

Keyakinan tersebut dinyatakan sendiri oleh pengasas Huawei, Ren Zhengfei kepada media baru-baru ini. Tetapi sasaran mereka untuk menjadi pengeluar telefon pintar terbesar di dunia tahun ini telah terbantut berikutan berdepan sekatan perdagangan yang dikenakan A.S.

Sungguhpun sekatan perdagangan itu tidak begitu memberikan kesan yang ketara pada  jualan telefon pintar Huawei di seluruh dunia, tetapi kesan tersebut mungkin akan lebih terasa dalam masa beberapa bulan akan datang apabila beberapa model-model telefon pintar terbaru mereka kini sudah tidak lagi boleh menggunakan sistem operasi Android dan aplikasi-aplikasi yang bangunkan Google.

Antara model terawal yang mula terasa kesannya adalah telefon pintar Siri HUAWEI Mate30 di mana Huawei Mobile Services telah mula menggantikan Google Mobile Services  kerana peranti Huawei terbaru ini tidak lagi boleh menggunakan aplikasi dan servis dari Google termasuklah YouTube, Maps, Mail, Play Store dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, sasaran Huawei untuk mencapai sasaran jualan 270 juta unit telefon pintar mereka masih terbuka dalam tempoh 2 bulan terakhir tahun ini.

Sumber: GizChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY