Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei y7p malaysia

Huawei Y7p Dijual Pada Harga RM699 Di Malaysia

Diterbitkan Februari 14, 2020 · Dikemas kini Februari 14, 2020 oleh Meor Hasyim

Selain dari jualan rasmi Huawei Nova 7i pada hari ini, Huawei Malaysia juga turut mula menawarkan peranti kelas permulaan Huawei Y7p.

Peranti ini hadir dengan skrin 6.39 ini HD+ dengan panel LCD. Terdapat juga lubang kamera pada skrin untuk memuatkan 8MP sensor swafoto. Untuk kamera belakang pula terdapat 3 lensa iaitu 48MP (f/1.8) utama + 8MP (f/2.4) sudut lebar + 2MP (f/2.4) depth.

Menguasakan peranti adalah cip 8 teras Kirin 710f dengan GPU Mali G51-MP4. RAM pula ditawarkan pada 4GB dan storan dalaman 64GB yang turut menyokong kad microSD sehingga 512GB.

Huawei Y7p menjalankan EMUI 9.1 yang berasaskan Android 9. Untuk bateri ia berkapasiti 4,000mAh dengan kelajuan pengecasan 10W dari jenis Micro USB. Terdapat juga bicu audio 3.5mm, pengimbas cap cari di bahagian belakang serta Bluetooth 5.0.

Huawei Y7p Dijual Pada Harga RM699 Di Malaysia

 

Peranti ini telah dimuatkan dengan Huawei App Gallery dan tidak menyokong GMS. Untuk pasaran tempatan, ia dijual pada harga RM699 dan tersedia dalam 2 pilihan warna Midnight Black dan Aurora Blue.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Huawei Y7p boleh ke laman rasmi Huawei Malaysia di pautan di bawah.

Sumber: Huawei Y7p

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY