Ikuti kami di media sosial

Berita

HUAWEI Tawar Jualan Serendah RM88 Sempena Ulangtahun Lazada

Amalina Athman

Ditulis

pada

Sempena ulang tahun Lazada yang ke-8, Huawei turut tidak ketinggalan untuk memberikan potongan harga bagi produk-produk terpilih.

Hanya berlangsung selama satu hari iaitu pada 27 Mac, HUAWEI mengadakan jualan kilat pada 2 petang dengan menawarkan HUAWEI Mate 20 sebanyak 3 unit. Manakala pada jam 3 petang, HUAWEI menawarkan HUAWEI x Gentle Monster Eyewear sebanyak 3 unit dan MateBook 13 sebanyak 1 unit. Ketiga-tiga produk ini ditawarkan dengan harga RM88.

Iklan

Bagi produk-produk lain, HUAWEI menawarkan harga promosi pada hari yang sama selama dua jam bermula 12 tengah malam sehingga 2 pagi. Berikut merupakan senarai penuh promosi bagi produk yang ditawarkan:

  • HUAWEI Band 4 – RM 89 (Harga asal RM 139).
  • HUAWEI Watch GT – RM 399 (Harga asal RM 799).
  • HUAWEI MediaPad T5 – RM 599 (Harga asal RM 899).
  • HUAWEI nova 4e – RM 598 (Harga asal RM 999).
  • HUAWEI Mate20 – RM 1,188 (Harga asal RM 2,099).
  • HUAWEI MateBook D15 8GB RAM + 256GB SSD dengan hadiah percuma– RM 1,999 (Harga asal RM 2,299)
  • HUAWEI MateBook 13 i5 dengan hadiah percuma– RM 3,299 (Harga asal RM 3,999)
  • HUAWEI MateBook 13 i7 dengan hadiah percuma– RM 3,699 (Harga asal RM 4,399)

Selain diskaun, HUAWEI turut memberikan baucer bernilai RM168 dan RM88 yang boleh digunakan pada 27 Mac ini. Pelanggan boleh menggunakan baucer bernilai RM168 tersebut untuk pembelian HUAWEI Mate 30 Pro, Mate 30, P30, P30 Pro, M5 Lite dan FreeBuds 3.

Bagi baucer RM88 pula, ia boleh digunakan untuk pembelian HUAWEI nova 5T, Y7P, Y9s dan Y9 Prime. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, lawati kedai jualan rasmi HUAWEI di Lazada.

Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular