Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2020-10-22 at 23.37.30

Huawei Mate 40 Pro Ungguli Carta DxOMark, Mengalahkan Xiaomi Mi 10 Ultra Dengan 136 Mata

Diterbitkan Oktober 23, 2020 · Dikemas kini Oktober 23, 2020 oleh Amalina Athman

Huawei baru sahaja mengumumkan peranti mercu Siri Mate 40 dengan tiga model di bawahnya iaitu Mate 40, Mate 40 Pro dan Mate 40 Pro+. Terbaru, DxOMark telah berkongsi keputusan ujian kamera yang memperlihatkan Mate 40 Pro kini mengungguli carta DxOMark.

Ia sekaligus mengalahkan Xiaomi Mi 10 Ultra yang baru sahaja menduduki takhta pada Ogos lalu. Peranti ini telah berjaya meraih 136 mata berbanding Mi 10 Ultra dengan 133 mata.

Huawei Mate 40 Pro Ungguli Carta DxOMark, Mengalahkan Xiaomi Mi 10 Ultra Dengan 136 Mata

 

Keputusan ujian tersebut turut memperlihatkan 140 mata bagi foto, 88 mata bagi zum serta 116 mata bagi video.

Huawei Mate 40 Pro Ungguli Carta DxOMark, Mengalahkan Xiaomi Mi 10 Ultra Dengan 136 MataHuawei Mate 40 Pro Ungguli Carta DxOMark, Mengalahkan Xiaomi Mi 10 Ultra Dengan 136 Mata

Kiri: Mate 30 Pro, Kanan: Mate 40 Pro

DxOMark memberi pujian pada julat dinamik dengan menggelarkannya sebagai “dynamic range monster“. Ia juga mempunyai pencahayaan yang baik, serta mampu mengekalkan julat dinamik yang luas dalam pencahayaan yang rendah.

Huawei Mate 40 Pro Ungguli Carta DxOMark, Mengalahkan Xiaomi Mi 10 Ultra Dengan 136 MataHuawei Mate 40 Pro Ungguli Carta DxOMark, Mengalahkan Xiaomi Mi 10 Ultra Dengan 136 Mata

Kiri: Mate 30 Pro, Kanan: Mate 40 Pro

Kamera Mate 40 Pro turut menawarkan ketajaman autofokus, mod potret dengan bokeh yang cantik, butiran yang baik serta tahap hingar yang rendah dalam gambar yang dirakam pada semua peringkat cahaya.

Menyentuh spesifikasi kamera, Mate 40 Pro dimuatkan dengan 4 lensa yang terdiri daripada 50MP RYYB f/1.9 (utama), 20MP f/1.8 (sudut lebar Cine), 12MP 7x zum optikal dengan OIS (periskop) serta lensa TOF 3D.

Sumber: DxOMark

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY