Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Huawei SMIC

Huawei, Xiaomi, SMIC Serta 87 Syarikat Lain Akan Tubuhkan Jawatankuasa Piawaian Semikonduktor

Diterbitkan Februari 1, 2021 oleh Amalina Athman

Larangan terhadap Huawei dan ZTE untuk mengakses teknologi Amerika Syarikat (A.S) sebelum ini telah mendedahkan kelemahan dalam pasaran cip negara China. Syarikat semikonduktor seperti SMIC turut dilarang untuk mengakses teknologi A.S.

Terkini, Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China telah mendedahkan 90 syarikat dari negara itu memfailkan permohonan untuk pembentukan National Integrated Circuit Standardization Technical Committee.

Antara 90 syarikat yang menyertai pembentukan jawatankuasa ini termasuk Huawei, HiSilicon, Xiaomi, syarikat semikonduktor SMIC, Alibaba Group, ZTE Microelectronics, China Mobile, China Unicom, ZTE, Tencent dan sebagainya. Selain itu, pembentukan ini turut disertai oleh wakil dari universiti terkemuka China seperti Tsinghua University.

Dengan pembentukan itu, ia dijangka dapat menyelaraskan industri yang lemah, meningkatkan piawaian yang relevan untuk penilaian serta memperkukuhkan pembangunan dalam industri IC (Integrated Circuit).

Buat masa ini, pembentukan itu masih di peringkat awal dan MIIT China masih mengumpul pendapat umum mengenai cadangan tersebut hingga akhir Februari.

Sumber: SCMP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY