Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Elak Beli Alat Pengimbas Suhu Palsu, Semak Produk Berdaftar Melalui Portal Ini

HUAWEI nova 7 SE Dengan Cip Kirin 820 Dilancarkan Di Malaysia Berharga RM1,499

Diterbitkan Jun 15, 2020 ยท Dikemas kini Jun 15, 2020 oleh Amalina Athman

HUAWEI secara rasmi hari ini telah memperkenalkan nova 7 SE untuk pasaran tempatan. Peranti terbaru HUAWEI ini akan dijual pada harga RM1,499 bermula 19 Jun 2020 dan tersedia di HUAWEI Store dan HUAWEI Experience Stores (HES).

huawei nova 7SE

Edisi SE ini hadir dengan paparan skrin IPS LCD berukuran 6.5 inci. Ia dilengkapi dengan kuad kamera, terdiri daripada 64MP utama, 8MP ultra lebar, 2MP makro serta 2MP depth. Manakala bahagian hadapan pula mempunyai rekaan kamera berlubang 16MP.

Ia dikuasakan cip Kirin 820 5G dengan RAM 8GB dan ruang simpanan 128GB. Turut dimuatkan pada nova 7 SE adalah bateri 4000mAh dan pengecasan pantas 40W.

HUAWEI nova 7 SE Dengan Cip Kirin 820 Dilancarkan Di Malaysia Berharga RM1,499

nova 7 SE didatangkan dengan tiga warna iaitu Space Silver, Midsummer Purple dan Crush Green.

HUAWEI FreeBuds 3i

HUAWEI nova 7 SE Dengan Cip Kirin 820 Dilancarkan Di Malaysia Berharga RM1,499

Selain nova 7 SE, HUAWEI juga bakal menawarkan HUAWEI FreeBuds 3i pada 19 Jun ini. Fon telinga dengan rekaan berbentuk kon ini hadir dengan ciri pembatalan hingar dan akan mula dijual pada harga RM399.

HUAWEI nova 7 SE & FreeBuds 3i – Enjoy Triple Rewards

Dalam pada itu, setiap pembelian terawal HUAWEI nova 7 SE dan HUAWEI FreeBuds 3i pada hari pelancaran akan menerima barangan percuma bernilai sehingga RM1,256. Antaranya termasuk:

HUAWEI nova 7 SE Dengan Cip Kirin 820 Dilancarkan Di Malaysia Berharga RM1,499

Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI nova 7 SE, layari Huawei Store atau Huawei Experience Stores (HES) yang berdekatan.

Beli barangan HUAWEI dari:

Lazada (https://invol.co/clp3am)

Shopee (https://invol.co/clp3ap)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY