Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
The Tablet Everyone Cant Live Without The HUAWEI MatePad 10.4 Is Coming Soon!

Huawei MatePad 10.4 Bakal Hadir Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Mac 11, 2021 ยท Dikemas kini Mac 11, 2021 oleh Amalina Athman

Bagi memperluaskan segmen pasaran tablet di Malaysia, Huawei kini mengumumkan sebuah lagi tablet akan tiba untuk pasaran tempatan. Huawei MatePad 10.4, yang merupakan versi naik taraf MatePad akan dilancarkan pada 20 Mac 2021.

Menyentuh spesifikasi, MatePad 10.4 dilengkapi skrin 10.4-inci IPS dengan resolusi 2K. Peranti ini dijana cip pemproses HiSilicon Kirin 820 bersama gadingan RAM 4GB dan 128GB storan. Ia turut menyokong penambahan storan sehingga 512GB melalui slot kad microSD.

Huawei MatePad 10.4

Dari segi kamera, kedua-dua kamera tunggal yang ditempatkan pada bahagian hadapan dan belakang hadir dengan sensor 8MP. Peranti ini juga dilengkapi bateri berkapasiti 7250mAh melalui pengecasan USB-C.

Antara lainnya adalah mempunyai sokongan Bluetooth 5.1, Wi-Fi 6 dan sebagainya.

Buat masa ini, Huawei belum lagi mengumumkan harga yang bakal ditawarkan untuk MatePad 10.4. Sehingga itu, nantikan 20 Mac 2021 untuk mengetahui harga jualan serta lain-lain penawaran.

Sumber: Siaran Akhbar Huawei

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY