Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anwar Ibrahim_071124

Huawei Sedia Ratusan Tapak Rangkaian Mudah Alih Di Sarawak – PM Anwar

Diterbitkan November 8, 2024 oleh Amalina Athman

Syarikat gergasi telekomunikasi China, Huawei telah menyediakan beratus-ratus tapak rangkaian mudah alih, perkhidmatan awan dan pusat operasi pintar di Sarawak.

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu membantu meningkatkan liputan rangkaian tanpa wayar di kawasan pedalaman, sekali gus mencetuskan kecepatan transformasi digital.

Dalam kunjungan dan pertemuan peringkat tertinggi dengan delegasi Huawei di Beijing, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau dimaklumkan mengenai beberapa teknologi Huawei yang digunakan bagi merungkai beberapa isu di Malaysia, terutama dalam merapatkan ketidakseimbangan digital.

Kagum melihat perkembangan teknologi dan penyelesaian yang dibangunkan Huawei meliputi 5.5G, pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan (AI) yang telah memangkin transformasi digital dalam sektor kerajaan dan industri.

Terdahulu, Anwar mengunjungi Pusat Taklimat Eksekutif Huawei dan telah disambut oleh pimpinan kanan yang membawa beliau meninjau pelbagai pembangunan teknologi syarikat berkenaan.

Berkaitan

  • Maxis Dan Huawei Jalin Kerjasama Inovasi 5G-Advanced, Tumpukan Pembangunan Teknologi Dan Bakat
  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • ByteDance Rancang Bangunkan Model AI Guna Cip Huawei
  • HarmonyOS NEXT, Huawei Kini Meninggalkan Android Sepenuhnya

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY