Huawei Pintas Apple Buat Pertama Kali Dalam Pasaran Telefon Pintar

Gergasi telefon pintar China mula menunjukkan taringnya sejak kebelakangan ini.

Dengan penawaran model-model berkualiti tinggi pada harga yang agak berpatutan membuatkan ramai pembeli lebih terarah kepada telefon pintar buatan China.

Memetik laporan daripada IDC, Huawei dikatakan telah berjaya memintas Apple dalam pasaran telefon pintar dunia bagi suku kedua tahun 2018.

Berada ditangga kedua, Huawei mencatatkan pengeluaran sebanyak 54.2 juta, meninggalkan Apple dengan pengeluaran pada angka 41.3 juta unit.

Ditangga pertama sudah semestinya milik Samsung dengan pengeluaran telefon pintar sebanyak 71.5 juta unit.



Bagi pegangan pasaran global, Samsung utuh dengan 20.9% dituruti oleh Huawei dengan 15.8% dan Apple sebanyak 12.1%.

Laporan turut menyatakan ini adalah kali pertama Apple tidak tersenarai dikedudukan dua teratas dalam pasaran antarabangsa sejak 2010.

Tiga nama besar ini merupakan seteru utama bagi segmen telefon pintar berspesifikasi tinggi pada harga $700 (~RM2831.22) dan keatas.



Berada ditangga keempat dan kelima adalah Xiaomi dan OPPO dan ini sesuatu yang menarik kerana syarikat dari China semakin menguatkan cengkaman pada pasaran dunia.

Sumber: IDC