Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei paten..-side

Huawei Patenkan Rekaan Antaramuka Untuk Ciri Kamera Bawah Paparan

Diterbitkan Julai 5, 2019 oleh Helmi Samsuri

Selepas ciri imbasan cap jari dibawah paparan mula diketengahkan pada tahun lalu, ramai yang menaruh harapan perkara yang sama turut berlaku pada sistem kamera hadapan, sekaligus menghilangkan rekaan takuk pada paparan.

Perkembangan lanjut mengenainya sudah menampakkan hasil dimana beberapa syarikat seperti Xiaomi dan OPPO sudah mula memperlihatkan teknologi terbabit. Nampaknya sebuah lagi syarikat dari China bakal menggunapakai ciri tersebut.

Huawei paten..
huawei paten.
Huawei paten

Syarikat pengeluar yang dimaksudkan adalah Huawei yang mana mereka telah memfailkan paten berkaitan antaramuka yang akan digunakan pada bahagian kamera bawah paparan tersebut. Melihat kepada imej, ia umpama memberi bayangan bahawa lensa kamera tersebut akan terletak pada penjuru kiri paparan. Ia berlainan dengan OPPO dimana lensa kamera terletak dibahagian tengah.

Berdasarkan imej paten, ia menunjukkan kawasan paparan diatas sensor kamera diletakkan dengan antaramuka seperti tempoh masa panggilan serta mod kamera.

Kehadiran imej paten ini sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya, adakah Huawei sedang bersiap-siap untuk mengeluarkan peranti dilengkapi ciri ini atau sekadar mempatenkan idea mereka untuk mengelak dari digunakan pengeluar lain.

Mengenai kualiti kamera yang diletakkan pada bawah paparan, OPPO sebelum ini telah mengingatkan kepada peminat bahawa ia masih belum mencapai tahap seperti kamera hadapan biasa.

Sumber: WinFuture

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY