Oppo Memperlihatkan Teknologi Kamera Bawah Paparan Skrin Di MWC Shanghai

Sejak setahun dua ini, telah menjadi satu trend yang baru kepada teknologi telefon pintar apabila hampir kesemua syarikat pengeluar menccuba untuk menghasilkan peranti yang mempunyai bezel yang nipis.

Pengenalan kepada teknologi skrin bertakuk, hole punch display, dan juga yang popular pada tahun 2019 ini iaitu pop up camera telah menjadi trend kepada pengguna pada masa kini.

Baru-baru ini, Oppo telah mengejutkan dunia telefon pintar apabila mula mendahului syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar yang lain dengan membuat acahan mengenai teknologi terbarunya iaitu “in display camera”. Ia telah direalisasikan oleh syarikat gergasi dari China itu apabila memperkenalkan teknologi ini kepada umum di MWC 2019 yang berlangsung di Shanghai semalam.


Di samping menunjukkan teknologi terbarunya itu, Oppo menjelaskan mengenai bagaimana teknologi itu berfungsi. Oppo memaklumkan bahawa mereka menggunakan paparan terbina dari bahan lutsinar khusus yang berfungsi menstrukturkan piksel yang direka supaya cahaya dapat melalui kamera. Sensor itu sendiri dikatakan lebih besar daripada kamera selfie yang lain, dengan lensa apertur yang lebih luas di hadapan. Kawasan skrin yang dibina menutupi kamera masih berfungsi dengan kawalan sentuhan, dan ia tidak akan menjejaskan kualiti paparan.



Oppo juga mengakui bahawa dengan menggunakkan teknologi “in display camera” ini berkemungkinan akan mengurangkan kualiti imej gambar, Syarikat itu juga mengatakan mereka akan cuba membangunkan perkakasan bagi mengatasi segala masalah dialami.


Peranti ini masih lagi prototype dan setakat ini, Oppo belum mengumumkan lagi tarikh akan mengeluarkan teknologi ini di pasaran.