Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
p40 pro

Huawei P40 Akan Dilengkapi Skrin Rata, Huawei P40 Pro Pula Skrin Melengkung

Diterbitkan Mac 22, 2020 oleh Meor Hasyim

Huawei sudah siap sedia untuk melancarkan peranti flagship terkini mereka iaitu siri Huawei P40 pada 26 Mac ini. Sebelum ini juga sudah banyak maklumat mengenai peranti ini sedikit demi sedikit diketahui. Baru hari ini akhirnya kita dapat melihat bagaimana rekaan penuh siri Huawei P40 ini.

Imej peranti Huawei P40 dan P40 Pro ini telah dimuat naik oleh Evan Blass melalui akaun Twitter beliau. Dari segi keseluruhan rekaan, boleh dikatakan kedua-dua peranti ini lebih kurang sahaja rupanya. Namun perbezaan utamanya adalah jenis paparan yang digunakan.

Image
Huawei P40 (Kiri), Huawei P40 Pro (Kanan)

Pada P40, ia akan menggunakan skrin rata, manakala P40 Pro pula skrin melengkung. Melihat kepada imej P40 Pro lebih dekat, kelihatan bahagian atas dan bawah skrin juga pun turut sama dilengkungkan. Kedua-dua peranti ini menggunakan rekaan 2 kamera berlubang pada bahagian hadapan. Tetapi masih belum dapat dipastikan sama ada ia adalah modul kamera yang sama atau tidak.

Pada bahagian belakang juga terdapat perbezaan pada modul kameranya. Model P40 mempunyai tulisan LEICA di bahagian tepi modul, manakala untuk P40 Pro, tulisannya berada pada bahagian tengah secara menegak.

P40 juga mempunyai konfigurasi kamera belakang yang berbeza dengan 3 lensa berbanding P40 Pro dengan 4 lensa. Selain dari itu, tidak banyak maklumat yang boleh diperoleh melalui imej peranti ini.

Dengan beberapa hari yang tinggal sebelum pelancaran siri Huawei P40 secara rasmi ini, sudah tentu lebih banyak maklumat terutamanya spesifikasinya akan kita ketahui kelak.

Sumber: Evan Blass

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY