Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei p40 series

[Video] Huawei Mula Mengacah Kehadiran Siri P40 Yang Akan Tiba 26 Mac Ini

Diterbitkan Mac 18, 2020 · Dikemas kini Mac 18, 2020 oleh Meor Hasyim

Sebelum ini sudah digembar-gemburkan ketibaan siri Huawei P40 yang akan dilancarkan pada 26 Mac ini. Namun kini, pihak Huawei mula mengacah kedatangan peranti berkenaan melalui video yang dimuat naik ke saluran YouTube mereka.

https://www.youtube.com/watch?v=ho6BFOIZihc

Tidak banyak yang boleh disaksikan kerana secara keseluruhannya video memaparkan rekaan peranti secara kasar. Melalui video tersebut, ia memaparkan rekaan melengkung peranti, belum pasti sama ada bahagian skrin atau belakangnya.

Selain itu, ia memfokuskan kepada kamera dan juga kemampuan fotografi dengan tanda pagar #VisionaryPhotography. Khabar angin sebelum ini menyatakan Huawei P40 Pro akan menggunakan sistem kamera yang lebih canggih dengan sensor yang lebih besar.

Terdapat 5 lensa pada Huawei P40 Pro iaitu:

  • 52MP utama Sony IMX700 “Hexadeca Bayer” bersaiz 1/1.28″ RYYB
  • 40MP sudut lebar cine camera Sony IMX650 bersaiz 1/1.5″
  • Lensa periskop 10x zum optikal
  • Lensa telefoto 3x zum optikal
  • Lensa ToF

Manakala P40 yang biasa pula masih belum kedengaran spesifikasi kameranya. Untuk ketahui peranti ini dengan lebih lanjut, sama-samalah kita menantikan pelancarannya pada 26 Mac 2020 ini.

Sumber: Huawei Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY