Huawei P20 Secara Rasmi Diperkenalkan Dengan Versi Pro Hadir Bersama Tetapan 3 Kamera Utama

Semalam Huawei telah melancarkan peranti utama mereka yang ditunggu-tunggu tahun ini dalam dua versi, P20 dan P20 Pro.

Perhatian tertumpu kepada peranti P20 Pro yang menggunakan sehingga 3 lensa kamera sebagai sistem kamera utama dan merupakan pengeluar peranti ternama pertama melakukan perkara tersebut.



Perbezaan Antara P20 dan P20 Pro

Peranti P20 hadir dengan saiz yang lebih kecil dan semestinya dengan harga yang lebih rendah dari versi Pro. Skrin paparan P20 juga menggunakan LCD berbanding Pro yang menggunakan panel OLED termasuk kapasiti bateri yang lebih kecil. Versi biasa menggunakan sistem dwi-kamera yang sudah menjadi kebiasaan untuk peranti utama tahun ini.

P20 vs P20 Pro

  •  3, 400 mAh vs 4, 000 mAh

  • IPS LCD vs AMOLED

  • Dwi-kamera (12MP + 20MP) vs 3 kamera (40MP + 20MP + 8MP)

  • 4GB RAM, 128GB ROM vs 6GB RAM, 128GB ROM

  • RM 3, 100 vs RM 4, 400


Tetapan 3 Kamera P20 Pro Dan Kamera Hadapan



Huawei terus menggunakan lensa Leica dengan meletakkan sehingga 3 kamera utama sekaligus menjadikan mereka pengeluar pertama berbuat demikian.

3 lensa tersebut adalah:

Lensa warna- 40-megapiksel (RGB) dengan aperture f/1.8

Lensa monokrom- 20-megapiksel dengan aperture f/1.6

Lensa telefoto- 8-megapiksel dengan aperture f/2.4 bersama OIS (optical image stabilizer)

Lensa hadapan- 24-megapiksel dengan aperture f/2.0

 

Sistem Kamera P20

Lensa RGB- 12-megapiksel dengan aperture f/1.8

Lensa monokrom- 20-megapiksel dengan aperture f/1.6

Lensa hadapan- 24- megapiksel dengan aperture f/2.0

Takuk

Ya, peranti P20 dan P20 Pro mengikuti trend kebanyakkan pengeluar peranti China lain dengan memperkenalkan rekaan takuk untuk peranti utama mereka tahun ini. Huawei juga memahami sesetengah pihak yang membenci rekaan begini dan memasukkan tetapan di dalam perisian yang menggelapkan bahagian atas srkin paparan menyebabkan rupa takuk itu hilang secara tidak langsung.

Kapsyen: Imej: Android Police


Kapsyen: Imej: Android Police


Cip Pemprosesan

Untuk bahagian pemprosesan pula, kedua-dua telefon pintar ini menggunakan cip Hisilicon Kirin 970, cip untuk peranti flagship yang terbaru dari Huawei dengan kebolehan A.I (Artificial Intelligence) yang membantu pengguna dari segi kecekapan penggunaan peranti.



Pengimbas Cap Jari

Peranti P20 dan P20 Pro menggunakan pengimbas cap jari terbina di dalam skrin yang mula muncul tahun ini di CES 2018. Tidak dapat dipastikan lagi mengenai kewujudan fungsi sistem nyahkunci menggunakan wajah untuk kedua-dua peranti ini.



Warna

P20 dan P20 Pro jugaakan menggunakan antaramuka EMUI 8.1 yang berdasarkan sistem operasi Android 8.1 Oreo. Dua peranti ini akan ditawarkan dalam 4 pilihan warna, Twilight, Black, Midnight Blue, Pink Gold.

Nantikan ulasan penuh dari pihak Wiser sewaktu pelancaran Huawei P20 pada 3 April 2018 di Malaysia.