Huawei P20 Pro Hadir Dengan Empat Variasi Warna Terbaru

Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, Huawei telah pun memperkenalkan empat variasi warna terbaru bagi model P20 Pro-nya di acara IFA semalam. Malah, dua daripadanya akan hadir dengan panel belakang yang berasaskan kulit.

Variasi yang dimaksudkan ialah Elegant Black dan Golden Brown. 

Kredit : Chepa.net


Panel belakang pada dua variasi ini akan dilapisi dengan kulit lembu dari Itali. Selain daripada panel belakang kulit, kedua-dua model ini akan mempunyai sokongan memori sehingga 8GB RAM serta simpanan dalam 256GB.

Selain itu, Huawei turut memperkenalkan dua lagi pilihan warna yang lain iaitu Morpho Aurora dan Pearl White. Kedua-duanya mirip dua variasi warna sedia ada iaitu Twillight dan Pink Gold, di mana tidak banyak perbezaan terutamanya pada model Pearl White.

Kredit :GSMArena


Bezanya, Pearl White nampah lebih kepada warna keputihan berbanding merah jambu pada model Pink Gold. Tambahan pula, Pearl White menjadi satu-satunya variasi baru yang akan dilindungi oleh Corning Gorilla Glass pada bahagian belakangnya.

Kredit : GSMArena


Bagi Morpho Aurora pula, ia menampakkan perubahan tona warna daripada hitam kepada warna biru bermula daripada bahagian bawah panel belakang peranti ke sebelah atas. Selain daripada itu, tiada perubahan dari segi spesifikasi dalaman berbanding variasi yang sedia ada sebelum ini.

Huawei menyatakan bahawa variasi warna baru untuk model P20 Pro ini akan mula berada di pasaran pada 5 September nanti. Namun, setakat ini tiada maklumat berkenaan ketibaan mereka di pasaran Malaysia yang kami perolehi.

 

Sumber