Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Umum Kehadiran Model Mi 8 Pro & Mi 8 Lite Bagi Pasaran Tempatan

Xiaomi Umum Kehadiran Model Mi 8 Pro & Mi 8 Lite Bagi Pasaran Tempatan

Diterbitkan November 9, 2018 · Dikemas kini November 9, 2018 oleh Haikel Areff

Xiaomi Mi 8 boleh dikatakan sebagai antara model flagship yang paling popular di kalangan pengguna telefon pintar global sepanjang tahun ini. Jika tidak, mana mungkin Xiaomi mengumumkan bahawa lebih 100 juta model di bawah siri berkenaan telah terjual sejak ia dilancarkan pada Jun lalu.

Mi 8 juga menjadi salah satu pilihan oleh pengguna di negara ini. Ini kerana ia menawarkan spesifikasi yang tinggi dengan harga yang amat berbaloi.

Kini, kita bakal disajikan pula dengan dua lagi model di bawah siri Mi 8 iaitu Mi 8 Pro dan Mi 8 Lite. Xiaomi Malaysia telah mengesahkan bahawa dua model tersebut akan boleh didapati di pasaran tempatan bermula pada 10 November ini.

Xiaomi Umum Kehadiran Model Mi 8 Pro & Mi 8 Lite Bagi Pasaran Tempatan
Kredit: The Verge

Mi 8 Pro adalah model yang hampir sama dengan Mi 8, di mana ia disokong dengan cip Snapdragon 845 selain penggunaan RAM sebesar 8GB. Spesifikasi kameranya juga adalah sama iaitu 12MP+12MP untuk kamera utama dan 20MP bagi kamera hadapan. Bateri yang dibekalkan pula ialah pada kapasiti 3,000mAh dan menyokong pengecasan pantas QuickCharge 4.

Keistimewaan yang terdapat pada Mi 8 Pro ini ialah pada imbasan cap jari dari dalam skrinnya serta rekaan panel belakang lutsinarnya yang menarik perhatian.

Screenshot 2018-11-09 at 4.51.54 PM
Kredit: Xiaomi

Manakala bagi Mi 8 Lite pula, spesifikasi yang ditawarkan adalah sedikit rendah. Model ini akan menggunakan cip Snapdragon 660 serta pilihan RAM yang lebih kecil. Kamera utamanya pula disokong oleh lensa 12MP+5MP, namun lensa 24MP pada kamera swafoto adalah lebih baik berbanding dua model yang lain.

Mi 8 Lite hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar(3,350mAh) berbanding Mi 8 Pro, tetapi hanya menyokong fungsi pengecasan pantas QuickCharge 3 sahaja.

Xiaomi Malaysia akan mula menjual kedua-dua model ini secara eksklusif di pengedar sah mereka, Mi Store dengan harga RM 1,299 untuk model Mi 8 Lite dan RM 2,399 untuk model Mi 8 Pro. Mi 8 Lite ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Aurora Blue dan Midnight Black manakala Mi 8 Pro cuma mempunyai variasi Transparent Titanium  sahaja.

 

Sumber: Xiaomi Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
  • Kerajaan Tidak Tolak Kemungkinan Haramkan Waze Di Malaysia - PM Anwar
  • Filem AI Pertama China Berharga ~RM6.1 Juta Mula Ditayangkan Di Pawagam
  • Bose Rasmi Ambil Alih Skullcandy, Jenama Kekal Beroperasi Berasingan
  • Cara Mohon Gantian MyKad Melalui Aplikasi MyGOV
©2026 WISER.MY