Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Mate 10- Pandangan Tertiris Mengambarkan Bagaimana Rupa Peranti Ini

Huawei Mate 10- Pandangan Tertiris Mengambarkan Bagaimana Rupa Peranti Ini

Diterbitkan September 7, 2017 oleh Haikel Areff

Seperti mana yang anda semua tahu, Huawei tidak menyertakan Mate 10 mereka semasa IFA yang berlangsung minggu lalu. Huawei nampaknya akan mengadakan satu acara khas untuk memperkenalkan flagship phablet mereka pada 16 Oktober depan.

Huawei Mate 10- Pandangan Tertiris Mengambarkan Bagaimana Rupa Peranti Ini

Hari ini muncul gambar dan video yang dikatakan hasil daripada info tertiris sebelum ini. Antara yang menjadi perhatian adalah peranti ini berkemungkinan memiliki rekaan kaca di bahagian belakang.

Huawei Mate 10- Pandangan Tertiris Mengambarkan Bagaimana Rupa Peranti Ini

Namun peranti ini dilihat sedikit tebal daripada apa yang kami jangka. Seperti biasa terdapat tetapan dwi-kamera Leica secara melintang.

Hari ini seorang pembaca wiser Mohd Shah menghantar satu gambar yang dilihat sebagai panel hadapan Mate 10. Berbeza dengan apa yang kita lihat dari gambar di atas, ianya tidak memperlihatkan pengimbas cap jari di bahagian hadapan.

Mungkin pengimbas cap jari diletakkan di bahagian belakang atau lagi hebat mereka juga membawakan ciri pengimbas di bawah skrin seperti yang mahu dibawakan oleh Apple untuk iPhone 8 dan Xiaomi untuk Mi Mix 2.

Huawei Mate 10- Pandangan Tertiris Mengambarkan Bagaimana Rupa Peranti Ini

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Ujian Saringan Kanser Payudara Terbesar Di Dunia Dibantu AI
  • Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Syarat Lesen Khas Untuk Penyedia Permainan Dalam Talian
  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
©2026 WISER.MY