Menurut sumber, peranti yang pertama akan hadir dengan kecerunan pelbagai warna yang bermula daripada warna hitam dari satu sisi hujung peranti, sehinggalah pada warna seakan turqoise di bahagian sisi hujung yang lain.
Kredit : The Verge
Variasi ini mengambil inspirasi daripada rekaan Aurora yang pernah digunapakai pada peranti Honor 10 sebelum ini. Sukar untuk dibayangkan bagaimana perubahan warna dari hitam ke turqoise dapat dilakukan.
Manakala bagi variasi kedua pula, ia lebih kelihatan seperti model Pink Gold yang sedia ada sebelum ini. Namun berbeza dengan Pink Gold, variasi baru ini dikatakan akan menonjolkan keindahan warna putih kekuningan dan merah jambu.
Kredit : TheUnlockr
Variasi warna yang kedua ini pula menginspirasikan kejernihan warna laut serta kerlipan permata yang berada di dasarnya. Bagaimanapun, sumber tidak mahu mendedahkan imej dan warna sebenar dua variasi ini bagi menghormati pihak Huawei.
Tambahan pula, tiada sebarang maklumat sama ada terdapat kelainan dari segi spesifikasi dua peranti ini berbanding model P20 Pro yang sedia ada atau tidak. Dengan laporan baru ini, IFA 2018 nampaknya semakin menarik untuk diikuti.
Sumber
Berkaitan
- Poster Peranti Boleh Lipat Huawei Tertiris, Nama Rasmi Didedahkan
- Kerajaan Jepun Mahu Berhenti Guna Produk Huawei & ZTE
- Akhirnya! Drone Go Pro The Karma Di Lancarkan
- Snapdragon Wear 1200 -Pemproses Baru Untuk Wearable
- Apple Mungkin Memperkenalkan 3 Model Baru iPad Pro Pada Tahun Depan
- Unboxing Vivo V17 Pro - Peranti Dengan 6 Kamera, Tangkapan Sempurna
- Facebook Mahu Bangunkan Cip Pemprosesan Mereka Sendiri
- Huawei Mate 20 Kini Rasmi - Peranti Pertama Dengan Kirin 980, Sokongan NanoSD & Takuk Kecil
- Kenal Pasti Kelebihan & Kekurangan Yang Ada Pada Asus Zenfone Max Pro M1
- Harga HONOR 20 Dan HONOR 20 Pro Dipotong RM300 Sehingga Hujung Bulan Ini